Sabtu, September 03, 2011

AMARAN KEPADA WARGA ASING PULANG SUKARELA ATAU TINDAKAN - MENTEK

Pulang sukarela atau tindakan

image 

KOTA KINABALU 2 Sept. - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar dalam program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran) pengampunan baru-baru ini perlu meninggalkan negara ini secara sukarela sebelum 11 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada sekiranya mereka masih gagal berbuat demikian.

“PATI harus kembali ke negara masing-masing untuk mendapatkan dokumen perjalanan yang sah sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Kita memberikan mereka tempoh dua bulan bermula 11 Ogos hingga ke 10 Oktober untuk meninggalkan negara ini secara sukarela dan jika mereka gagal berbuat demikian kita akan mengambil tindakan,”

katanya di sini, baru-baru ini.

Dalam Program 5P di negeri ini menyaksikan seramai 161,370 PATI telah berdaftar di sembilan lokasi seluruh negeri.

Menurut Mohammad, peringkat pertama program 5P iaitu Pendaftaran telah dilaksana pada 18 Julai lalu melibatkan seramai 115,046 rakyat Indonesia, Filipina (45,894) dan lain-lain (430).

‘‘Operasi mengusir PATI akan dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat dan kami hanya akan menahan mereka yang tidak didaftarkan, “katanya.

Mengulas mengenai berapa ramai PATI berdaftar telah kembali ke negara masing-masing, Mohammad berkata, setakat ini hanya kira-kira 10 peratus daripada jumlah berkenaan telah melakukannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan melakukan pendaftaran golongan pekerja perladangan dan estet yang sah pada penghujung Oktober ini.

“Ia bertujuan mendapatkan jumlah yang tepat terhadap jumlah sebenar para pekerja asing di sektor berkenaan di negeri ini,” ujarnya.

10 ulasan:

  1. Harap semua warga asing ini akan mengikuti peraturan dan pulang secara sukarela supaya tiada tindakan diperlukan.

    BalasPadam
  2. Diharapkan proses 6P ini akan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

    BalasPadam
  3. Tunaikan kata2 anda. Usir PATI dari Sabah. Dan ketatkan sempadan dan pintu masuk ke Sabah!

    BalasPadam
  4. Diharap konsulat Indonesia juga dapat menyelesaikan isu passport warga mereka yang telah mendaftar untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

    BalasPadam
  5. harap PATI2 ini segera kembali ke negara asal mereka. jangan tunggu sehingga tempoh yang diberi tamat baru bertindak.

    BalasPadam
  6. tolong la balik ke negara asal.. kalau mahu datang ke Malaysia, guna la saluran yang betul dan lengkapkan dokumen..

    BalasPadam
  7. harap2 mereka balik la dengan sukarela. Buat menyemak saja.

    BalasPadam
  8. lebih baik pati pulang secara sukarela ke negara masing-masing. jangan tunggu sehingga dikenakan tindakan undang-undang.

    BalasPadam
  9. mana2 PATI perlu pulang secara sukarela, jgn tunggu hngga operasi pengusiran mereka dilakukan.

    BalasPadam
  10. Jadi kepada mereka PATI yang telah berdaftar dalam program 5P perlulah melaksanakan tugasan yang terakhir iaitu pulang ke Negara asal.

    BalasPadam