Khamis, September 08, 2011

LAPANGAN TERBANG KE ANGKASA LEPAS “VIRGIN GALACTIC” SIAP DIGUNAKAN MENJELANG 2013

Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap

image LAKARAN artis menunjukkan sebuah lapangan terbang angkasa lepas untuk pesawat Virgin Galactic di Las Cruces, Amerika Syarikat.

LAS CRUCES, Amerika Syarikat – Fasa pertama sebuah lapangan terbang angkasa lepas komersial yang pertama di dunia untuk syarikat penerbangan Virgin kini 90 peratus lengkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Tapak lapangan kapal angkasa Amerika seluas 728.43 hektar itu di Las Cruces, New Mexico, merupakan milik pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson yang turut memiliki syarikat penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic.

Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik.

Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013.

7 ulasan:

  1. semakin maju.lapangan terbang ke angkasa lepas pun ada sudah.tidak mustahil di masa akan datang ada perkhidmatan penerbangan untuk ke angkasa lepas pula. ramai2 lah melancong ke angkasa lepas:)

    BalasPadam
  2. Wah, macam babak filem seperti Starwars ataupun Avatar... Kagum betul.

    BalasPadam
  3. kini semakin banyak pekara canggih yang ingin dihasilkan..

    BalasPadam
  4. pasti lepas ni makin byk ekspedisi ke angkasa lepas.

    BalasPadam
  5. pergh.. mungkin hanya orang2 tertentu sahaja yang mampu pergi ke angkasa lepas.. cuba2 la kumpul duit dari sekarang.. mana tau berpeluang...:)

    BalasPadam
  6. See what money, knowledge, and technology can do...wow!

    BalasPadam
  7. Lapangan terbang angkasa lepas? Menarik.

    BalasPadam