Sabtu, September 03, 2011

DIBUNUH KERANA KOMEN FACEBOOK

Dibunuh kerana komen Facebook

JAKARTA - Polis Indonesia menahan dua lelaki yang dipercayai membunuh rakannya akibat perasaan tidak puas hati berhubung komen yang ditulis mangsa dalam laman sosialFacebook.

Ketua Polis Jakarta, Yoyol berkata, pembunuhan tersebut berlaku pada minggu lalu ekoran si pelaku tidak berpuas hati dengan komen mangsa yang menggunakan kata-kata kesat kepada akaun Facebook milik isteri seorang daripada tertuduh.

"Mangsa merupakan rakan kepada dua tertuduh dan dia dipercayai mengirim komen menggunakan kata-kata kesat ke akaun Facebook isteri seorang daripada pelaku itu.

"Selepas membaca komen tersebut, isterinya mengadu hal itu kepada suaminya," katanya.

Berang dengan perbuatan itu, si suami dan rakannya mengatur pertemuan dengan mangsa dan setibanya mangsa di lokasi yang ditetapkan, kedua-dua tertuduh bertindak mencekiknya sehingga mati.

6 ulasan:

  1. Apa mahu jadi sama manusia sekarang ni? Sanggup bertindak tanpa fikir akan kesannya.

    BalasPadam
  2. Jangan salahguna facebook.buruk padahnya.

    BalasPadam
  3. Begitulah jika bertindak emosi. Tapi jangan lupakan pepatah- Kerana mulut badan binasa.

    BalasPadam
  4. sekarang ini perkara2 remeh pun boleh jadi bencana.. berwaspada la dengan apa sahaja tindakan dan pertuturan jika tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa diri kita.. sebaik2nya kawal emosi..

    BalasPadam
  5. inilah yang berlaku apabila gagal mengawal emosi..akhirnya tiada siapa yang untung..setuju dengan Villager, sentiasalah berwaspada dengan tindakan dan pertuturan.

    BalasPadam
  6. Lain kali gunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya. Jangan disalah gunakan.

    BalasPadam