Khamis, Ogos 04, 2011

POLIS TAWAU RAMPAS 771.4 GRAM GANJA DIPERCAYAI DIBAWA MASUK DARI FILIPINA

Polis Tawau rampas 771.4 gram ganja dipercayai dibawa masuk dari Filipina

TAWAU 4th August, 2011: Polis Tawau merampas 771.4 gram dadah jenis ganja yang dipercayai dibawa masuk dari negara Filipina untuk tujuan pasaran tempatan, dengan tertangkapnya seorang lelaki warga asing, 27 Julai lalu.

image Ketua Polis Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, nilai anggaran dadah tersebut ialah RM 10,000 hingga RM 15,000, menjadikan ia rampasan dadah jenis ganja terbesar yang dilakukan pihaknya setakat tahun ini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, pihaknya berjaya menahan suspek yang berusia 51 tahun, di Kg. Batu 4, Jalan Apas, ketika dia dipercayai sedang dalam perjalanan untuk mengedar dadah berkenaan.

“Suspek terkejut apabila dia disergah oleh polis. Usahanya untuk melarikan diri juga gagal apabila dia sudah pun dikepung oleh anggota polis.

“Setelah ditangkap, pihak kita menemui satu kampit yang dipercayai dadah jenis ganja seberat 771.4 gram dari dalam beg sandang yang dibawa oleh suspek,” katanya.

Suspek ujarnya kini ditahan lanjut untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit bersalah oleh mahkamah.

Pihak polis ujarnya turut mempergiatkan usaha memantau beberapa lokasi di daerah ini, yang dilihat berpotensi untuk disalahgunakan sebagai pintu-pintu masuk barang-barang yang terlarang sedemikian.

“Saya juga menasihatkan orang ramai supaya menjauhi najis dadah serta menyeru ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat di dalam kegiatan yang membinasakan diri itu,” katanya.

13 ulasan:

  1. Harap pihak polis akan teruskan usaha membanteras pengedaran dadah.

    BalasPadam
  2. Pengedaran dadah adalah jenayah yang serius.

    BalasPadam
  3. Syabas kepada pihak polis - menunjukkan pihak berkuasa memang serius dengan kegiatan dadah yang boleh merosakkan sosio-ekonomi masyarakat.

    BalasPadam
  4. dadah memang membawa padah - jauhilah dadah!

    BalasPadam
  5. mujur pihak polis dapat memberkas lelaki tersebut dengan cepat. syabas kepada pihak polis!

    BalasPadam
  6. tahniah atas kejayaan ini, teruskan usaha dalam membanteras pengedaran dadah.

    BalasPadam
  7. melakukan perkara yang menyakitkan orang lain memang memalukan. Jauhi dadah, jangan hanya memikir tentang duit saja...

    BalasPadam
  8. teruskan usaha untuk membasmi kegiatan penyalahgunaan najis dadah..

    BalasPadam
  9. Janganlah melakukan perkara yang sial ini, apa yang kamu mahu dari melakukan perkara ini? Hanya mahu menghisap duit orang...

    BalasPadam
  10. Teruskan usaha membenteras pengedar dadah. Dadah musuh negara kita.

    BalasPadam
  11. Baru tahu kena tangkap. Pastikan siasatan dibuat terhadap mereka ini supaya dapat mengesan rakan pengedar dadah yang lain. Pasti mereka ini membuat kerja ini berkumpulan lain. Katakan tidak kepada DADAH.

    BalasPadam
  12. tahniah.. teruskan usaha membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta kehadiran PATI yang hanya tahu merosakkan generasi muda kita.

    BalasPadam