Sabtu, Julai 09, 2011

Polis P.Pinang Tembak Penjenayah Warga Indonesia

Polis P.Pinang Tembak Penjenayah Warga Indonesia

GEORGE TOWN, 9 Julai (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah pada satu kejadian tembak menembak di Jalan Paya Terubong di sini pada pukul 2 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat terdapat sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Anggota polis yang sampai ke tempat kejadian cuba menghampiri dan meminta pemandunya berhenti, bagaimanapun lelaki berusia lingkungan 30-an itu terus memecut laju kereta yang dipandunya itu ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Dato' Ismail Hashim, Relau di sini.

"Dalam masa yang sama lelaki terbabit juga bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis dan kita terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya kereta yang dipandu lelaki terbabit terbabas ke kiri jalan selepas satu daripada tempakan yang dilepaskan polis mengenainya.

Zahruddin berkata suspek mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah antaranya samun, pecah rumah, mencuri dan pengedaran dadah di sekitar negeri ini," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38mm dan beberapa bungkus dadah jenis ganja dalam kereta lelaki itu.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit menjalankan kegiatan jenayah bersama kumpulannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka.

10 ulasan:

  1. Banyak juga penjenayah-penjenayah warga asing di tempat kita.

    BalasPadam
  2. sudah semakin kerap kita mendengar jenayah yang dilakukan oleh warga asing. harap pihak polis akan sentiasa menangani pekara ini.

    BalasPadam
  3. teruskan banteras jenayah.

    BalasPadam
  4. harap polis dapat mengesan ahli lain kumpulan penjenayah warga asing tersebut.

    BalasPadam
  5. Teruskan usaha, hapuskan saja semua penjenayah biar bersih sikit M'sia. hehehe

    BalasPadam
  6. Apapun, setiap individu sebolehnya menjauhkan diri dari jenayah. Jangan sesekali buat hal yang langgar undang2, kalau tak mahu terima akibatnya.

    BalasPadam
  7. Semoga lebih banyak kegiatan jenayah berjaya dibanteras pada masa akan datang.

    BalasPadam
  8. Warga asing sungguh berani buat jenayah dinegara orang lain.

    BalasPadam
  9. tahniah dan teruskan usaha menjejaki ahli2 kumpulannya..

    BalasPadam