Isnin, Julai 04, 2011

Pembinaan SMK Nabalu Dimulakan Ogos Ini

Pembinaan SMK Nabalu Dimulakan Ogos Ini, Kata Timbalan Menteri Pelajaran

imageKOTA KINABALU, 4 Julai (Bernama) -- Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu di Tuaran akan dimulakan awal Ogos ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi pada Isnin.

Beliau berkata Kementerian Kewangan telahpun melantik kontraktor pada 24 Mei lepas untuk memulakan kerja-kerja pembinaan yang dijangka mengambil masa dua tahun.

"Saya bukan buat janji kosong," tegas beliau kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya dekat sini.

Mohd Puad berkata kelewatan kira-kira dua tahun untuk membina sekolah berkenaan berlaku kerana isu teknikal yang di luar bidang kuasanya.

"Pada Disember 2009, perunding kontraktor telah menyiapkan reka bentuk yang mempunyai kos lebih daripada bajet asal sehingga mencecah RM75.2 juta. Pada 10 Feb 2010, sekali lagi perunding mengemukakan reka bentuk kerja yang mahal iaitu RM66.6 juta," jelasnya.

Beliau berkata peruntukan yang diluluskan untuk membina sekolah itu ialah sebanyak RM35 juta.

Mohd Puad membuat penjelasan demikian selepas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, yang juga exco pelajaran negeri, meminta isu pembinaan SMK Nabalu dapat diselesaikan tahun ini.

Pada 21 Ogos 2009, Timbalan Menteri Pelajaran itu mengumumkan janjinya bahawa pembinaan sekolah berkenaan akan dimulakan dalam tempoh dua bulan selepas lawatan beliau ke Ranau.

Menurutnya, sekolah itu akan dilengkapi 18 bilik darjah, lapan unit kuarters guru serta asrama yang boleh menampung masing-masing 100 pelajar lelaki dan perempuan.

20 ulasan:

  1. Semoga segala operasi berjalan lancar.

    BalasPadam
  2. Jauh juga perbezaan harga peruntukan dengan kos kerja. Apa2 pun, semoga projek pembinaan sekolah ini dapat dilaksanakan denga baik.

    BalasPadam
  3. buguslah jika pembinaan SMK Nabalu akan dilaksanakan pada Ogos ini.

    BalasPadam
  4. apa pun, harap semuanya akan berjalan dengan lancar selepas ini..

    BalasPadam
  5. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  6. Lepas siap dibina, sekolah itu haruslah dijaga dan dimanfaatkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  7. Tidak perlu bermasam Muka Puad. Anda seharusnya menyatakan @ menjelaskan semuanya terlebih dahulu bukan tunggu dikritik baru menjelaskannya.

    BalasPadam
  8. Penjelasan sudah diberikan harap Sekolah tersebut akan siap menjelang akhir tahun ini.

    BalasPadam
  9. harap tiada masalah teknikal atau sebagainya dalam pembinaan sekolah ini yang dijadualkan bermula pada bulan Ogos.

    BalasPadam
  10. Harap pembinaan ini akan berjalan dengan lancar dan banner bukan hanya sekadar pameran kepada penduduk. HArap akan dilaksanakan pada tempoh yang ditetapkan.

    BalasPadam
  11. Masidi begitu mengambil berat dengan pembinaan SMK NAbalu ini. Beliau meminta SMK ini dapat dibina pada tahun ini. Akhirnya bulan Ogos 2011 ini projek akan dilaksanakan.

    BalasPadam
  12. bgslah. semoga ia akan disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

    BalasPadam
  13. Hopefully there be no delay in implementing this project.

    BalasPadam
  14. Make sure its not just a talk.DOn't let the people down.

    BalasPadam
  15. saya harap kualiti binaan setimpal dengan kos perbelanjaan, dan pastikan kerja2 pembinaan berjalan seperti yang telah dijanjikan.

    BalasPadam
  16. Semoga apa yang diutarakan dikotakan.

    BalasPadam
  17. Hopefully it will be materialized soon.

    BalasPadam
  18. Puad harus kotakan janjinya.

    BalasPadam
  19. I believe it will commence soon.

    BalasPadam
  20. Maka tenang la hati pelajar2 sekalian.

    BalasPadam