Sabtu, Julai 02, 2011

BUNUH KAWAN PASAL BILIK AIR

Bunuh kawan pasal bilik air

MOHD. HASNAN menunjukkan bilik air yang menjadi tempat Juli mati ditikam rakannya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia bertindak membunuh rakannya hanya kerana mangsa enggan membenarkannya menggunakan bilik air dalam kejadian di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu menyebabkan buruh yang dikenali sebagai Juli, 37, mati akibat ditikam di dada dengan pisau pemotong sayur.

Sebelum kejadian, suspek mengetuk pintu bilik air dan meminta Juli yang sedang mandi supaya keluar kerana dia ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Geram dengan tindakan mangsa yang enggan menuruti kehendaknya, suspek berusia 30-an itu bertindak menendang pintu lalu berlaku pertengkaran.

Suspek yang gagal mengawal emosi kemudian mengambil sebilah pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri.

Rumah yang mempunyai dua bilik itu disewa mangsa bersama isterinya.

Pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hasnan Anbia, 31, berkata, dia bergegas ke situ sebaik terdengar bunyi wanita menjerit dan menangis.

13 ulasan:

  1. Gilaa laa. Macam ini pun boleh bunuh orang. Takziah kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  2. Apa-apa saja alasan yang tidak munasabah boleh menyebabkan seseoarang dibunuh. Bahayanya dunia sekarang.

    BalasPadam
  3. Cakap mau ambi air wuduk untuk menunaikkan solat. Kenapa tidak bersabar???

    BalasPadam
  4. Kerajaan mungkin boleh usahakan untuk memberi ceramah tentang bagaimana caranya kita mengawal diri bila emosi terganggu.

    BalasPadam
  5. Apa barang nak ambil wuduk tapi bertindak di luar kawalan. Jangan2 di bawah pengaruh dadah.

    BalasPadam
  6. inilah yang berlaku jika tiada kesabaran dalam diri..

    BalasPadam
  7. Perkara kecil pun boleh sampai membunuh. kalau memang di luar kewarasan dan kesabaran tu memang apa-apa pun boleh jadi.

    BalasPadam
  8. Beginikah orang yang kurang waras sanggup bertindak tanpa memikirkan nyawa orang.

    BalasPadam
  9. pasal perkara kecil mcm ni pun nak bunuh orang. tiada akal ka?

    BalasPadam
  10. bahaya ada dimana2 sekalipun kita berada didalam rumah.. sendiri mau ingat la..

    BalasPadam
  11. Even a small matter could lead to killing. I wonder what really happen.

    BalasPadam
  12. Condolence to the victimm.

    BalasPadam
  13. mungkin dah dirasuk suspek ini..

    BalasPadam