Rabu, Julai 20, 2011

4 BERANAK PANIK DIACU PARANG

Empat lelaki dipercayai warga asing samun wang tunai, larikan kereta

KUANTAN 2011/07/20: Empat beranak menempuh detik cemas apabila diikat kaki dan tangan oleh empat lelaki bersenjatakan parang yang melarikan wang tunai termasuk sebuah kenderaan jenis Toyota dalam kejadian samun di sebuah rumah di FELDA Selancar Sembilan, di Cenderawasih dekat Rompin, awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, empat lelaki dipercayai warga asing itu memecah masuk rumah terbabit selepas mengumpil tingkap nako sebelum membuka pintu dapur.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata sepasang suami isteri berusia lingkungan 50-an yang sedang nyenyak tidur di bilik, kemudian terjaga selepas suspek membuka lampu bilik mereka.

image “Suspek bersenjatakan parang dan menutup muka menggunakan kain kemudian bertindak mengikat pasangan terbabit serta memaksa mereka memberitahu tempat simpanan barangan kemas dan wang tunai.

“Suspek terbabit turut membawa anak lelaki dan perempuan mangsa dalam bilik itu, tetapi ketika mahu memotong kain untuk mengikat anak perempuan mangsa, seorang daripada suspek terhiris tangan sendiri selepas terkena mata parang digunakan,” katanya di pejabatnya, di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, tiga daripada suspek kemudian menggeledah rumah, manakala seorang lagi mengawasi mangsa.

“Suspek mengambil barangan kemas, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM15,000 selain melarikan kenderaan jenis Toyota milik mangsa," katanya.

Beliau berkata, sebaik suspek beredar, mangsa berjaya melepaskan ikatan dan menghubungi polis memaklumkan kejadian.

“Polis menemui sehelai baju berwarna gelap ditinggalkan tersangkut pada besi palang tingkap berkenaan dipercayai milik suspek.

“Kenderaan milik mangsa berjaya ditemui ditinggalkan di Lebuh Raya Kuantan-Segamat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya.

13 ulasan:

  1. teruknya warga asing ni. adakah kita terfikir kesan buruk daripada progrm 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan? sudahlah mereka ni sering melakukan jenayah. kalau dibiarkan semakin ramai di negara ini maknanya semakin tidak selamatlah penduduk tempatan. harap2 penjenayah tersebut segera diberkas. biar mereka menerima hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  2. Kenapa banyak sangat kes jenayah yang melibatkan warga asing?

    BalasPadam
  3. Mana polis bantuan Felda? bukan mereka sepatutnya melakukan rondaan yang kerap di kawasan felda?

    BalasPadam
  4. Harap2 penjenayah tu dapat ditangkap.

    BalasPadam
  5. Warga asing lagi. Bikin benci betul!

    BalasPadam
  6. semakin menjadi-jadi kes jenayah yang melibatkan warga asing. harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

    BalasPadam
  7. semoga 4 suspek ini dapat ditangkap dan diberi hukumam yang sewajarnya.

    BalasPadam
  8. lagi kegiatan jenayah orang warga asing.

    BalasPadam
  9. Warga asing tidak akan berubah sikap mereka. Kehadiran mereka selalunya akan menyebabkan kejadian yang buruk berlaku. Walaupun banyak yang telah dilakukan tetap sahaja mereka ini akan melakukan jenayah.

    BalasPadam
  10. Jenayah selalunya dilakukan oleh warga asing. Kenapa mereka sanggup melakukan semua ini?? Ibarat negara kita ini sebagai tempat jenayah bagi mereka.

    BalasPadam
  11. nah lagi2x kes warga asing menimbulkan masalah.

    BalasPadam
  12. Warga asing harus dihantar balik ke negara asal mereka. Jangan biarkan mereka tinggal lama di negara kita.

    BalasPadam
  13. kes pecah masuk seperti ini boleh dielakkan jika tuan rumah tidak mengharapkan hanya satu kunci disetiap pintu rumah. malang itu tidak berbau, jadi berwaspada la sebelum terlambat.

    saya rasa warga asing ini tidak sukar untuk dikesan kerana kemungkinan mereka ini adalah pekerja ladang milik FELDA.

    BalasPadam