Isteri Dakwa Suami Serang Dengan Alat Renjatan Elektrik
KUANTAN, 20 Julai (Bernama) -- Seorang wanita mendakwa mengalami gangguan emosi setelah diserang suaminya dengan alat renjatan elektrik Selasa.
Wanita berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Si dari Air Putih di sini berkata dia diserang ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah ibadat kira-kira 7 malam.
Dia berkata keretanya telah dipintas oleh suaminya sebelum dia dipaksa keluar dan diserang dengan senjata berkenaan.
"Selepas terkena renjatan elektrik, saya berlari sekuat hati dan meminta tolong sebelum dia (suaminya) melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Si yang kini tinggal bersama ibu bapanya mendakwa insiden tersebut merupakan kejadian terbaru yang dialaminya sejak mula didera tahun lalu.
Dia yang mempunyai dua orang anak berkata suaminya merupakan seorang Ah Long.
Dia sebelum ini telah membuat 15 laporan polis dan turut mendapat Perintah Perlindungan Interim di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga daripada mahkamah tahun lepas.
Macam mana itu orang boleh dapat alat renjatan elektrik ini? Ada jual kah benda ni?
BalasPadamSuaminya ni waras kah tidak?
BalasPadamsuami wanita tersebut perlu dikenakan tindakan agar beliau tidak lagi menggangu wanita tersebut.
BalasPadamAlamak, suami dia Ah Long. Buat laporan polis. Biar dia kena tangkap.
BalasPadamteruk betul ada suami seperti itu.
BalasPadammungkin suaminya tekanan ataupun memang ganas pun sebab Ah Long kan. kalau berkelakuan begitu lebih baik polis tangkap saja suami mangsa daripada si isteri sering didera.
BalasPadamalat renjatan elektrik bukankah diharamkan?
BalasPadamsi suami harus ditangkap kerana memiliki senjata yang boleh membahayakan nyawa sesorang.
BalasPadamHarap si Suami itu dapat ditahan dan dibawa kemahkamah atas tindakkan beliau.
BalasPadamcrazy husband!
BalasPadamdaripada terus menanggung gangguan emosi baik cerai dan buat laporan polis.
BalasPadam