Isnin, Jun 20, 2011

WARGA INDONESIA DITAHAN KERANA CABUL KANAK-KANAK

Warga Indonesia ditahan kerana cabul kanak-kanak

KENINGAU 20th June, 2011: Gara-gara memasukkan jari dalam kemaluan budak perempuan berumur tiga tahun seorang warga Indonesia berketurunan Tator ditangkap polis kerana mencabul kehormatan budak perempuan itu.

image Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed, yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek yang berumur 17 tahun dan tidak mempunyai dokumen itu disyaki memasukkan jarinya dalam kemaluan mangsa dan dikatakan luka kecil di tepi.

Katanya, suspek yang disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) itu melakukan perbuatan terkutuk itu di kaki lima salah sebuah kilang getah berhampiran Kg. Patikang Laut antara jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari pada Khamis lepas.

“Bapa mangsa, membuat laporan polis pada 17 Jun (Jumaat) kira-kira jam 9.30 pagi setelah mengetahui perkara yang berlaku terhadap budak perempuannya,” kata Zahari.

Zahari memberitahu, mangsa telah dirujuk ke hospital Likas Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut.

Sehubungan dengan kejadian itu Zahari menasihatkan ibu bapa supaya jangan membiarkan kanak-kanak yang masih kecil bermain-main di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa atau abang kakak mereka.

“Langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh ibu bapa untuk keselamatan anak-anak dan mengelakkan perbuatan yang buruk berlaku terhadap diri anak-anak mereka,” nasihat Zahari.

17 ulasan:

  1. Tidak bermoral & tidak bertamadun.

    BalasPadam
  2. Ibu bapa perlu mengawasi anak2 mereka dengan lebih ketat lagi.

    BalasPadam
  3. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak mereka bermain diluat bersendirian. Ingat malang tidak berbau.

    BalasPadam
  4. Pencabul kanak-kanak oleh warga asing pula sekarang.

    BalasPadam
  5. Semakin hari semakin banyak kes jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing... Mohon agar polis dan pihak berkuasa sentiasa melakukan rondaan bagi menangkap PTI2 yang masih lagi berada dimana2...

    BalasPadam
  6. warga asing ni memanglah teruk. sepatutnya mereka menunjukkan kelakuan yang lebih baik lagi ketika berada di negara orang bukannya buat hal. memang wajar PATI ni dikenakan tindakan yang lagi berat sebab sudahlah berstatus PATI, mencabul lagi pula tu.

    BalasPadam
  7. PATI ini sudah merosakkan hidup kanak2 itu kerana dia akan membesar dalam trauma. Pesalah ini patut diberi hukuman yang akan buat dia "jera".

    BalasPadam
  8. Ibu bapa kena sentiasa pastikan keselamatan anak2 mereka.

    BalasPadam
  9. Berikan hukuman yg paling berat ke atas penjenayah ini! sudah la masuk ke Malaysia secara haram, berani lagi buat perkara terkutuk mcm ni!

    BalasPadam
  10. hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap pesalah tersebut.

    BalasPadam
  11. Bingung betul!! Macam takdakerja lain oo. huhu

    BalasPadam
  12. Semoga si pelaku ini dapat hukuman yang berat supaya jadi pengajaran.

    BalasPadam
  13. lepas habis menjalani hukuman, hantar terus remaja ini ke negara asal..

    BalasPadam
  14. budak2 3 tahun pun dia nak cabul. pendatang ni makin jadi2 pula. jagalah anak2 kita dgn baik.

    BalasPadam
  15. PATI yang tidak tahu malu buat jenayah di negara orang lain.

    BalasPadam
  16. Jangan kerana kecuaian anda anak menjadi mangsa. Awasi anak anda bila keluar kemana saja.

    BalasPadam
  17. Inilah masalah yang tidak diingini yang berlaku disebabkan warga asing.

    BalasPadam