Selasa, Jun 28, 2011

REMAJA MALAYSIA MENANG PERADUAN CIPTA LOGO ANTARABANGSA EDISI TERBARU FILEM TRANSFORMER

Remaja Malaysia Menang Peraduan Cipta Logo Antarabangsa Edisi Terbaru Filem Transformer

ALOR GAJAH, 27 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

 Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli with his winning entry. — Bernama picture

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut.

12 ulasan:

  1. Memang membanggakan negara kerana adanya bakat seperti adik Wan.

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha kepada adik Wan. Anda memang membanggakan.

    BalasPadam
  3. Usaha dan minat akan memabawa kita ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga apa yang dilakukan oleh Adik Wan ini menjadi contoh kepada adik2 yang lain.

    BalasPadam
  4. tahniah, dia mmg amat berbakat. semoga dia akan lebih berjy pada masa akan datang.

    BalasPadam
  5. minat dan sokongan ibubapanya telah membuahkan hasil. harap kejayaannya menjadi teladan kepada pelajar2 yang lain.

    BalasPadam
  6. tahniah...teruskan berusaha untuk mengembangkan bakat anda.

    BalasPadam
  7. Bakat seperti ini jangan di sia2 kan dan perlu digilap dari masa ke masa.

    BalasPadam
  8. Wa, taniah :) Memang budak ni berbakat sampai boleh menang.

    BalasPadam
  9. Semoga bakat yang ada diperkembangkan lagi. All the best.

    BalasPadam
  10. Tahniah kepada pemenang dari Negara Malaysia.

    BalasPadam
  11. Teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik.

    BalasPadam