Rabu, Jun 22, 2011

POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH WARGA ASING

Polis N. Sembilan Tembak Mati Tiga Penjenayah Warga Asing

REMBAU, 21 Jun (Bernama) -- Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi Selasa, kata Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh.

Beliau berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan tersebut apabila terserempak dengan tiga penjenayah terbabit sedang menolak motosikal masing-masing.

"Apabila dicabar, ketiga-tiga mereka yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang polis dan dalam keadaan mempertahankan diri, polis telah menembak ketiga-tiga mereka dengan senapang patah, yang dipercayai warga asing berumur dalam lingkungan 20-an," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini.

Mayat ketiga-tiga penjenayah itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.

Osman berkata polis turut menjumpai tiga buah motosikal, tiga bilah parang pelbagai saiz, enam topi keledar serta sebuah beg bimbit yang mengandungi berbagai-bagai peralatan pecah rumah iaitu dua pemutar skru, satu besi kuku kambing, satu pemotong, satu tukul besi, satu gergaji besi dan satu batu asah di tempat kejadian.

Polis juga menemui satu topeng ski dan sepasang sarung tangan kain dariapda salah seorang penjenayah itu dan semakan ke atas motosikal mendapati ia kepunyaan orang tempatan, kata beliau.

Katanya polis telah mengekori kumpulan penjenayah ini sejak enam bulan lepas dan kumpulan ini dipercayai terlibat dengan tujuh kes samun pecah rumah di sekitar Kuala Pilah dan Seremban.

Kumpulan penjenayah ini juga terlibat dengan kegiatan samun di negeri ini, Selangor dan Melaka melalui modus operandinya iaitu menyamun sebelah pagi antara pukul 4 dan 5.

"Siasatan kita mendapati rumah yang cuba disamun ialah sebuah rumah pengusaha kebun dan haiwan ternakan. Dalam kes ini, polis dapat amaran daripada salakan anjing menyebabkan salah seorang anggota keluarga rumah pengusaha itu tersedar dan menjerit.

Osman SallehKerana itulah penjenayah terbabit lari dari kawasan rumah itu dan cuba lari senyap-senyap dengan menolak motosikal sehingga terserempak dengan pasukan polis," katanya.

Berikutan kejadian itu, Osman berkata polis sedang memburu dua atau tiga lagi anggota kumpulan tersebut yang melarikan diri di mana salah seorang dipercayai cedera.

12 ulasan:

  1. Penjenayah warga asing semakin meningkat terutamanya di Sabah. Kurangkan warga asing, maka berkuranglah jenayah.

    BalasPadam
  2. Harap pihak polis akan mengambil tindakan yang betul untuk menangani masalah PATI.

    BalasPadam
  3. sudah banyak kes yang melibatkan warga asing. harap pekara ini dapat dibendung..

    BalasPadam
  4. harap-harap polis akan dapat mengesan beberapa orang lagi anggota kumpulan penjenayah tersebut.

    BalasPadam
  5. Warga asing lagi. Mereka semakin bermaharajalela di M'sia.

    BalasPadam
  6. Kaedah apa lagi yang boleh diambil agar negara kita tidak dibanjiri oleh warga asing (PATI)? Keselamatan rakyat semakin terancam

    BalasPadam
  7. kebanyakkan jenayah dilakukan oleh warga asing. mereka ni mmg patut dibanteras.

    BalasPadam
  8. lebih baik kumpul semua kes2 jenayah yang dilakukan oleh warga asing kemudian serahkan kepada KDN, polis dan jabatan imigresen.. kita mahu mereka tahu bahawa rakyat berhadapan dengan risiko akibat ketiadaan kawalan tentang kehadiran mereka di negara ini.

    BalasPadam
  9. Tahniah kepada pihak polis. Semoga teruskan usaha menangani masalah penjenayah yang semakin berleluasa ini.

    BalasPadam
  10. Keep up the good work, hopefully the crime rates in the states can be reduced.

    BalasPadam
  11. kerana kehidupan yang susah, warga asing ini sanggup melakukan apa jua jenis jenayah untuk hidup.

    BalasPadam
  12. tahniah kepada pihak polis dan semoga ramai lagi penjenayah yang melibatkan warga asing dapat ditangkap.

    BalasPadam