Jumaat, Jun 17, 2011

MASIDI KUTUK PENGGODAM LAMAN WEB LEMBAGA PELANCONGAN SABAH

Masidi Kutuk Penggodam Laman Web Lembaga Pelancongan Sabah

PENAMPANG, 16 Jun (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun Khamis kesal dengan tindakan penggodam laman web Lembaga Pelancongan Sabah yang disifatkannya sebagai bersikap kebudak-budakan dan mensabotaj industri pelancongan Sabah.

"Saya dimaklumkan bahawa penggodam ini terdiri daripada rakyat Malaysia. Mereka ini mungkin nak tunjuk ada kemampuan untuk mengodam, tapi apa yang terbukti akhirnya?

"Sebenarnya, mereka mengkhianati ekonomi negara sendiri kerana apabila laman web kita atau laman lain tidak boleh dicapai, kita akan kehilangan pelancong sebab mereka tidak boleh mendapat maklumat daripada kita.

"Bagi saya, perbuatan mengkhianati negara sendiri adalah perbuatan bodoh kerana industri pelancongan merupakan antara majikan terbesar bagi rakyat Malaysia. Saya harap penggodam berkenaan menyedari kesan daripada perbuatan mereka itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar 2009/2010 di sini Khamis.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa laman web berkenaan tidak boleh dicapai semalam kerana digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya sekiranya individu terbabit benar-benar cintakan Malaysia, mereka sepatutnya menolong menjual dan mempromosikan negara ini, bukan menyusahkan pelancong yang ingin mendapatkan maklumat mengenainya.

Masidi bagaimanapun berkata Lembaga Pelancongan Sabah boleh dihubungi melalui rangkaian sosial Facebook, telefon dan faksimile.

"Kami juga cuba mewujudkan laman web mini yang mengandungi semua maklumat asas, tapi rancangan kami yang lebih menyeluruh ialah berpindah ke server yang lebih selamat.

"Kami juga sentiasa bersiap sedia untuk mewujudkan laman web mini kedua sekiranya kami digodam sekali lagi," katanya.

15 ulasan:

  1. Harap masalah ini diselesaikan dengan baik.

    BalasPadam
  2. penggodam ni tunjuk perasaan agaknya sebab SKMM dah lakukan sekatan ke atas beberapa laman web.

    BalasPadam
  3. SKMM bertindak demikian atas permintaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987. jadi, mana-mana laman web tu kenalah mematuhi undang-undang.

    BalasPadam
  4. Ada kepakaran tapi disalahgunakan. Insaflah.

    BalasPadam
  5. Harap mereka yang terlibat dapat dikesan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  6. harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan penggodam tersebut akan dapat dikesan.

    BalasPadam
  7. industri pelancongan merupakan antara majikan terbesar bagi rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  8. Memang pengodam ini membuat negara bermasalah. HArap mereka ini akan dapat ditangkap.

    BalasPadam
  9. kesalahan yang dilakukan oleh penggodam2 ini memang sangat serius. saya harap mereka semua berjaya ditahan dan dipenjarakan tidak kurang dari 20 tahun.. hanya itu sahaja caranya untuk 'menghilangkan' kemahiran mereka supaya tidak menyusahkan orang lain kelak.

    BalasPadam
  10. memang bikin panas ba penggodam ni. huhu

    BalasPadam
  11. Kalau betul pun ada buat mo buat perkara ini, patut fikirkan dulu pelayar laman yg lain ba. huhu.. menyusahkan betul!!

    BalasPadam
  12. Harap penggodam ini dapat dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya. Biar pada muka dorang.

    BalasPadam
  13. Kalaulah penggodam ini gunakan kelebihan yang ada untuk tujuan yang baik kan bagus. Ini.. huhuhu

    BalasPadam
  14. Moga perkara ini dapat ditanggani segera demi kebaiakn bersama.

    BalasPadam
  15. penggodam ini benar2 igin memusnahkan negara sendiri, tak ada kesedaran sivik langsung.

    BalasPadam