KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.
"Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," kata SKMM dalam satu kenyataan.
Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my pada Rabu, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam Rabu tetapi gagal.
Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.
Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius.
Kerajaan perlu ambil iktibar daripada kes ini.
BalasPadamBetulkah kumpulan ini adalah orang tempatan?
BalasPadamHarap masalah ini dapat diatasi dan penggodam2 tersebut ditangkap.
BalasPadammembantah sekatan internet oleh SKMM sampai menyerang laman web kerajaan..penggodam ni memang wajar dikenakan tindakan undang-undang. tiada cara lain ka untuk membantah
BalasPadamharap masalah ini akan dapat diatasi dengan cepat..
BalasPadambiasanya hanya pesalah sahaja yang menggunakan serangan balas untuk mendapatkan keadilan, kerana sudah tentu jika melalui undang2 usaha mereka untuk mendapatkan keadilan itu tidak akan berhasil.
BalasPadamjadi sekarang ini mereka telah melakukan 2 kesalahan iaitu menyalahgunakan kebebasan media dan menggangu perkhidmatan rangkaian kerajaan.. memang patut mereka ini dikenakan tindakan berat..
pengodam ni benar2 serius,harap kerajaan dpt mengatasi dan menewaskan penggodam2 tersebut.
BalasPadamNampaknya pengodam ini begitu serius untuk melakukan semua ini. Nampaknya kerajaan perlulah bersedia dari masa ke semasa.
BalasPadamKita tunggu dan lihatlah bagaimana kerajaan akan menangani isu ini.
BalasPadam