Selasa, Jun 14, 2011

MAKLUMAT LIMA JUTA WARGA ASING AKAN DIREKOD MELALUI BIOMETRIK

Maklumat Lima Juta Warga Asing Akan Direkod Melalui Biometrik

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Maklumat kira-kira lima juta warga asing yang berada di negara ini akan dapat direkodkan melalui sistem biometrik yang akan memasuki fasa kedua tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata melalui fasa kedua, yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kesemua warga asing yang sudahpun berada di negara ini dikehendaki tampil bagi membolehkan maklumat mereka direkodkan melalui sistem itu.

"Harapannya menjelang awal tahun depan, rekod semua warga asing yang berada di negara ini telah diambil melalui (sistem) biometrik, termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Alwi Ibrahim.

Mengambil masa hanya satu minit 20 saat, biometrik adalah sistem pengimbas cap jari untuk merekodkan kemasukan warga asing ke negara ini yang dilaksanakan sebagai usaha mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan melibatkan warga asing.

Dilaksanakan mulai 1 Jun lepas di 61 daripada 96 pintu masuk, yang aktif di seluruh negara, sistem biometrik akan dilaksanakan sepenuhnya di semua pintu masuk sempadan negara akhir bulan ini.

Raja Azahar berkata usaha merekodkan warga asing melalui sistem itu turut melibatkan para pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), sekaligus membantu mengenal pasti pemegang kad UNCHR palsu.

Beliau berkata ia dilaksanakan secara berperingkat dengan tumpuan diberikan di kawasan Semenanjung, dan program-program yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi membantu mereka, terutama di kawasan pedalaman, yang mempunyai masalah tampil bagi merekodkan maklumat mereka.

Raja Azahar berkata sistem biometrik secara tidak langsung akan dapat membantu dalam permohonan kewarganegaraan palsu kerana JPN boleh membuat semakan tarikh sebenar pemohon tiba di negara ini.

Usaha merekodkan warga asing itu akan turut membantu menyelesaikan masalah mereka yang lahir tanpa dokumen pengenalan diri, katanya.

18 ulasan:

  1. Beliau berkata ia dilaksanakan secara berperingkat dengan tumpuan diberikan di kawasan Semenanjung....


    Maksudnya di SM akan diberi lebih tumpuan??? Jadi sabah dan Sarawak??? no 2... adil ka mcm nie?

    BalasPadam
  2. Lepas direkod kan apakah tindakan seterusnya? membiarkan sahaja mereka berlegar2 di kawasan kita???

    BalasPadam
  3. How does this method work to reduce the illegal immigrants?

    BalasPadam
  4. 5 juta warga asing? Itu tidak termasuk yang belum tersenarai lagi. Jumlah yang membimbangkan.

    BalasPadam
  5. Banyak sudah cara digunakan namun belum ada yang betul2 berkesan. Sama ada pendekatan yang diambil tidak efektif atau ada yang mengambil kesempatan terhadap masalah ini.

    BalasPadam
  6. Sepatutnya tumpuan yang lebih kepada Sabah, sebab populasi penduduk Sabah meningkat dengan mendadak. Isu2 PATI lebih banyak di Sabah berbanding dengan SM.

    BalasPadam
  7. "kesemua warga asing yang sudahpun berada di negara ini dikehendaki tampil bagi membolehkan maklumat mereka direkodkan melalui sistem itu."

    bukan semua warga asing akan tampil untuk direkod melalui biometrik apatah lagi yang berstatus PATI.

    BalasPadam
  8. warga asing lagi ramai di Sabah. kenapa tahun depan baru dimulakan di Sabah?

    BalasPadam
  9. harap penjelasan berhubung bagaimana cara ini dapat mengatasi masalah kebanjiran PATI akan diberikan.

    BalasPadam
  10. warga asing yang dimaksudkan oleh Raja Azahar mungkin merujuk kepada pekerja asing.. bagaimana pula dengan PATI yang bersembunyi dikampung2, ladang, hutan dan sebagainya?? saya akui langkah ini sangat bijak tapi kerajaan masih perlu melakukan operasi besar2an menghantar PATI pulang ke negara asal.

    BalasPadam
  11. sistem ini bgs untuk merekodkan bilangan warga asing ke negara kita. diharap ia jgu berguna untuk menbanteras PATI.

    BalasPadam
  12. seharusnya tumpuan harus diberikan lebih di sabah kerana di sabah banjir dengan warga asing baik PATi atau tidak..

    BalasPadam
  13. 5 juta warga asing? termasuk PATI atau tidak? ramai sangat...hanya menunggu masa saja negara malaysia diambil alih oleh warga asing..lemah sangat kerajaan dalam menguruskan dan menyelesaikan kemasukkan warga asing dalam negara..

    BalasPadam
  14. bagaimana pula dengan isu PATI di sabah? apa penyelesaian dari pihak KDN?

    BalasPadam
  15. Sistem ini pasti ada pros dan cons. Apapun, saya tetap menyokong mana2 tindakan yang dirasakan dapat menanggani isu pati:P

    BalasPadam
  16. Apapun, sama2lah kita mengharapkan yang terbaik daripada sistem ini.

    BalasPadam
  17. Satu tindakkan yang bagus. Ini akan memudahkan mengesan jiga PATI itu pernah masuk ke negara kita atau belum. Jika didapati pernah memasuki hukuman perlu diberikan kerana tidak serik-serik masuk tanpa izin.

    BalasPadam
  18. Harap tindakan ini berjalan lancar.

    BalasPadam