Selasa, Jun 21, 2011

AWAS! RANCANG JENAYAH MENGGUNAKAN FACEBOOK

Rancang jenayah di Facebook

Kumpulan curi motosikal guna kod rahsia dalam laman sosial elak dikesan

KLUANG 2011/06/21: Sekumpulan remaja yang mendalangi kecurian motosikal di daerah ini, melangkah setapak dalam jenayah mereka apabila menggunakan laman sosial Facebook, bagi mengadakan perbincangan dan bertukar kod rahsia sesama ahli untuk menjalankan aktiviti mencuri dan urus niaga penjualan kenderaan yang dicuri dengan pelanggan.

Penggunaan laman popular itu sebagai helah menyukarkan kegiatan jenayah mereka dikesan polis yang memperhebatkan operasi memburu kumpulan curi motosikal di sekitar daerah ini.

Malah, akaun Facebook berkenaan dengan profil ‘Belut’ itu hanya dibuka kepada anggota sindiket serta pelanggan berpotensi yang berminat membeli komponen mahupun motosikal lengkap, yang turut disaring rapi bagi mengelakkan aktiviti mereka bocor.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Mohd Arshad, berkata kegiatan kumpulan yang menggunakan Facebook sebagai medium perhubungan utama itu terbongkar apabila pihaknya menahan dua ahli mereka kira-kira jam 6.30 petang Isnin lalu.

“Taktik terbaru kumpulan remaja pencuri motosikal itu terbongkar selepas mereka mengakui penggunaannya hanya selepas beberapa jam seorang mangsa membuat laporan kehilangan motosikalnya.

“Ketika disoal-siasat, dua suspek mengakui laman sosial itu digunakan secara meluas sebagai medium perhubungan utama aktiviti mencuri motosikal serta urus niaga secara dalam talian.

“Kedua-dua suspek turut mengakui ahli hanya akan melakukan aktiviti mencuri dan menerima arahan menerusi akaun Facebook berkenaan yang menggunakan kod rahsia dengan kata kunci ‘Belut’ bagi mengelakkan aktiviti dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.

Mohamed Fawzi berkata, susulan keterangan dua suspek terbabit, polis berjaya menjejaki dua lagi ahli mereka menerusi Facebook berkenaan dalam ‘Ops Lejang Belut’ .

14 ulasan:

  1. Tidak tersangka Facebook juga boleh disalah gunakan untuk tujuan jenayah. Pihak polis perlulah berusaha menumpaskan aktiviti jenayah mereka ini.

    BalasPadam
  2. Semoga jenayah menerusi Facebook akan dihapuskan.

    BalasPadam
  3. Wah!! semakin canggih. Polis pun kena semakin canggih juga untuk menangani kes2 yang semakin canggih2 ni.

    BalasPadam
  4. macam-macam strategi yang penjenayah gunakan sekarang ni. harap jenayah seumpama ini akan dapat dibanteras sepenuhnya.

    BalasPadam
  5. inilah masalahnya..teknologi semakin canggih, otak manusia pun semakin canggih tapi lebih ke arah jenayah.

    BalasPadam
  6. Nampaknya polis kena lebih proaktif dalam menangani penjenayah2 di M'sia.

    BalasPadam
  7. Mengecewakan bila teknologi disalahgunakan.

    BalasPadam
  8. haha.. memang betullah Facebook mendatangkan banyak manfaat.. tahniah kepada pihak polis kerana berjaya mengesan sendiket ini walau apa jua taktik yang mereka gunakan.

    BalasPadam
  9. sejauhmana hebat penjenayah sekalipun, pasti akan dpt ditahan juga akhirnya.

    BalasPadam
  10. Semakin bijak para penjenayah. Sekarang mengunakan facebook untuk menjalankan operasi mereka.

    BalasPadam
  11. Harap pihak polis dapat mengesan mereka ini. Jangan biarkan mereka terlepas begitu sahja

    BalasPadam
  12. Criminals are even using Facebook to commit crimes. Hope that preventive measures can be taken.

    BalasPadam
  13. hebatnya penjenayah-penjenayah ini..

    BalasPadam
  14. tetapi hebat lagi pihak polis kerana berjaya mengesan aktiviti jenayah mereka ini.

    BalasPadam