Khamis, Mei 26, 2011

INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG ASLI DI SABAH

Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli Di Sabah

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan satu Inkuiri Nasional mengenai pencabulan hak asasi Orang Asal dan Asli ke atas tanah adat mereka di Sabah dari 17 Jun hingga 5 Julai ini.

Suhakam dalam kenyataan hari ini berkata inkuiri itu akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara meluas daripada perspektif hak asasi manusia dan akan mengesyorkan langkah penyelesaian bersesuaian terhadap masalah ini.

"Sehingga kini, Suhakam telah merekodkan lebih 1,000 aduan berhubung pencabulan ke atas tanah adat di mana Sabah mencatatkan aduan tertinggi iaitu 834 kes antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun ini, diikuti Sarawak, 229 kes dan Semenanjung, 45 kes," kata kenyataan itu.

Beliau berkata proses inkuiri itu akan bermula dengan satu siri konsultasi bersama pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah meliputi hampir kesemua daerah termasuk Tambunan, Tenom, Nabawan, Pensiangan, Sipitang, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Papar, Kuala Penyu, Beaufort, Kudat, Pitas, Paitan, Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna, Kota Marudu, Kinabatangan dan Beluran.

Suhakam juga dalam kenyataan itu menasihatkan orang awam yang akan mengemukakan penghujahan mereka semasa siri konsultasi ini supaya membawa geran atau permohonan geran, gambar-gambar, peta dan surat-surat berkaitan sebagai bukti.

10 ulasan:

  1. Hak tanah orang asli mesti dihormati.

    BalasPadam
  2. Harap2 terbela hak2 orang asli

    BalasPadam
  3. harap isu-isu tanah yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  4. apa yang penting adalah kepentingan semua dapat dijaga..

    BalasPadam
  5. jadi kepada mereka yang menghadapi masalah mengenai tanah adat ni datanglah berjumpa dengan pihak SUHAKAM pada tempoh tersebut. semoga mendapat kembali hak tanah anda.

    BalasPadam
  6. Harap segala masalah mengenai isu tanah akan dapat ditangani dengan baik.

    BalasPadam
  7. isu2 mengenai hak tanah harus kita ambil perhatian.

    BalasPadam
  8. Pastikan membawa bukti pada masa inkuiri hak tanah ini.

    BalasPadam
  9. Masalah tanah semakin hari semakin bertambah. Harap pihak tertentu memainkan peranan untuk memastikan masalah ini dapat ditangani sebaiknya.

    BalasPadam
  10. jangan sia2kan saluran yang telah disediakan.. saya harap suhakam benar2 mampu menjadi platform kepada penduduk Sabah untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka.

    BalasPadam