Surat Pemberhentian 13,000 Guru Sandaran Ditarik Balik
TONGOD (SABAH), 3 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.
"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.
Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat.
Menurutnya keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.
"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.
Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.
Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.
"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.
baguslah, ini dpt mengatasi masalah kekurangan guru.
BalasPadamThat is good news indeed.
BalasPadamI'm glad the government decide to do so.
BalasPadamPerhaps with the termination withdrawn, it could at least fill in the shortage of teachers in our country.
BalasPadambetol ke nie??leh cayer x??sy ni gstt da 3taun lebih nie..tgh pening mencari kerje..nasib gstt mmg wajib dibela
BalasPadamakhirnya selesai juga masalah GSTT yang selama ini menjadi persoalan kepada para pemimpin, rakyat dan GSTT itu sendiri.
BalasPadamBerita yang sungguh mengembirakan kepada GSTT yang ditamatkan tempoh mereka tahun lepas. Tetapi surat tamat tempoh itu telah pun ditarik balik dan boleh meneruskan mengajar disekolah yang bakal ditempatkan.
BalasPadambgslah, GSTT mmg perlu diserap semula kerana mereka juga berkebolehan untuk mengajar.
BalasPadamHarap inilah kebenarannya. Beri peluang kepada GSTT lagi untuk mendidik pelajar kita yang mana kebanyakkan sekolah sekarang kekurangan tenaga pengajar.
BalasPadamberita ini pasti menggembirakan GSTT kerana mereka dapat bertugas mengajar kembali.
BalasPadamselain itu, langkah ini juga sedikit sebanyak dapat membantu menangani masalah kekurangan guru seperti situasi di Sabah.
BalasPadamFinally he heard us.
BalasPadamAkhirnya kerajaan memberi persetujuan.
BalasPadamGSST juga menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara..jasa mereka harus dihargai..bukannya dibuang begitu sahaja..
BalasPadamkeputusan ini sememangnya merupakan khabar gembira kepada 13000 GSST tersebut..
BalasPadamkeputusan ini menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dan mendengar keluhan para GSST tersebut...
BalasPadamdiharap para GSTT akan memberikan khidmat yang lebih baik selepas ini.
BalasPadamIni sememangnya berita baik untuk GSTT yang telah diberhentikan sebelum ini.
BalasPadamWalaupun GSTT ini tidak terlatih, tapi mereka masih mempunyai pengalaman yang berharga. Mereka juga mampun menyumbang dalam pendidikan anak-anak kita.
BalasPadamSadly no increment for TI, T2 and T3 teachers.
BalasPadamMemang satu berita baik namun jika dibandingkan dengan kekosongan jawatan yang ada, saya rasa ini bukanlah satu kejutan besar.
BalasPadamWhy there is no salary increment for temporary teachers?
BalasPadamCongrats to GSTT.
BalasPadamGood news. well done.
BalasPadam