KOTA KINABALU SECARA RASMI SERTAI PROGRAM 'EARTH HOUR' 26 MAC INI
KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) -- Bandaraya Kota Kinabalu secara rasmi akan menyertai program 'Earth Hour 2011' bagi menunjukkan sokongan dan kebimbangan mereka terhadap pemanasan global.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Majlis Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) akan menganjurkan program 'Earth Hour' peringkat bandaraya Kota Kinabalu itu pada 26 Mac ini.
Katanya Hotel Hyat Regency Kinabalu akan menerajui program itu dengan menutup semua lampu yang tidak penting selama sejam mulai 8.30 malam.
"Di Sabah, program 'Earth Hour' diamalkan bagi kali ketiga dan DBKK mengambil bahagian buat julung kali dengan menutup lebih 500 lampu jalan dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Katanya cara mudah seperti pengurangan penggunaan bekalan elektrik, memilih peralatan yang menjimatkan tenaga, menggunakan pengangkutan awam dan amalan kitar semula boleh membawa perbezaan kepada alam sekitar.
'Earth Hour' merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam menangani masalah pemanasan global.
Semasa acara ini dijalankan, penduduk dunia disarankan supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari Sabtu terakhir bulan Mac pada setiap tahun.
'Earth Hour' telah diilhamkan oleh WWF dan 'The Sydney Morning Herald' pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran penduduk dunia tentang pemanasan global yang semakin memuncak.
Buat pertama kalinya, penduduk Sydney yang berjumlah 2.2 juta orang bergelap semasa acara 'Earth Hour' ini diadakan pada 2007. Pada tahun 2008 dan 2009, berlaku pertambahan negara dalam program itu termasuk Malaysia.
Kami sudahpun membuat aktiviti tutup lampu selama satu jam sejak Earth Hour ini dilancarkan beberapa tahun lalu.
BalasPadamprogram ini perlu disokong, tapi kena pastikan lampu yang tidak penting sahaja ditutup, jika semua ditutup, risau akan timbul masalah pula.
BalasPadamprogram yang baik...kita perlu menutup lampu yang tidak penting pada hari tersebut sebagai tanda sokongan...
BalasPadamWell, it a good activity, indeed we are really care for the environment.
BalasPadamLets us support the event. Do something for the people, for ourself and most of it for the whole world.
BalasPadammari kita sama-sama memberikan sokongan dengan program ini.
BalasPadamEveryone should be encouraged to join this earth hour 2011 program.
BalasPadamRemember to switch off lights on Saturday 26th March 2011. Show your support people!
BalasPadamsemua premis perniagaan patut menyokong program ini.. tempoh 1 jam tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.
BalasPadamSokong, jangan tak sokong.
BalasPadamSatu langkah yang kecil dalam membantu dunia. Marilah bersama menyokong langkah yang sangat mudah ini hanya dengan menutup lampu selama sejam pada 26mac 8.30 hingga 9.30pm.
BalasPadamPerbenyakkan lagi publisiti kempen ini supaya lebih ramai yang menyokong.
BalasPadam