Jepun ada 48 jam elak 'Chernobyl baru'
Loji nuklear boleh meletup menyebabkan tragedi lebih besar apabila paras radiasi meningkat
2011/03/18 TOKYO: Jepun ada masa 48 jam untuk mengawal dengan segera krisis nuklearnya sebelum ia berdepan satu malapetaka 'lebih buruk berbanding Chernobyl'.
Jepun bergegas untuk mengelak kebakaran lebih teruk loji nuklearnya yang melepaskan radiasi pada tahap 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini.
Ada cubaan untuk menyejukkan kawasan itu dengan menjirus air laut dari helikopter dibatalkan kerana paras radiasi berbahaya di persekitaran bahagian atas loji.
Bacaan radiasi dekat bangunan itu mencapai 4,000 mikrosievert sejam ketika usaha itu dilakukan awal semalam.
Pihak berkuasa keselamatan nuklear di Perancis, berkata mereka pesimis sama ada jurutera Jepun dapat menghalang kebakaran teruk di loji jana kuasa Fukushima selepas satu kolam mengandungi batang besi bahan api nuklear berkeadaan terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering.
Thierry Charles, seorang pegawai keselamatan di Institut Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN), berkata: “Tempoh 48 jam berikutnya akan menjadi penentu. Saya amat pesimis kerana sejak Ahad lalu, saya lihat hampir tiada satu pun penyelesaian berkesan.”
Ditanya mengenai jumlah maksimum pembebasan radioaktif, beliau berkata: “Ia mungkin dalam kadar sama seperti Chernobyl.”
Insiden di loji jana kuasa nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 57 kematian langsung, dengan tambahan 4,000 kematian akibat kanser.
Paras radiasi dalam bangunan yang dilanda bahaya itu malam tadi dikatakan amat tinggi selepas digegarkan dengan letupan awal, bermakna radiasi mungkin sudah berada dalam atmosfera.
Tokyo Electric, pemilik loji terbabit, berkata lima pekerjanya terkorban di tempat kejadian, dua lagi masih hilang dan 21 cedera.
Malam kelmarin, seorang ketua keselamatan nuklear Amerika, berkata kerajaan Jepun gagal mengakui tahap bahaya penuh situasi di loji Fukushima manakala amaran kepada rakyatnya tidak mencukupi dan tidak jelas.
Gregory Jaczko, pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika, memberi amaran, jika paras radiasi ‘amat tinggi’ adalah mustahil untuk kakitangan membuat pembetulan di loji mengambil kira ‘dos’ yang mereka mungkin alami berpotensi membawa maut dalam jangka pendek.
Jabatan Negara Amerika pula menyatakan, kerajaan menyewa sebuah pesawat untuk membawa warga Amerika keluar dari Jepun dan mengarahkan ahli keluarga petugas diplomatik pulang dari Nagoya dan Yokohama, membabitkan 600 orang.
Pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara mula gusar dengan sebarang kemungkinan seseorang dijangkiti radiasi dengan bertindak melancarkan pemeriksaan terhadap orang ramai, penumpang pesawat dan bot.
Ada laporan dari Korea Selatan dan Taiwan menyatakan pelancong yang tiba dari Jepun didapati ada sedikit tahap radiasi. – Agensi
----
Harap Jepun dapat mengelakkan satu lagi tragedi Chernobyl daripada berlaku. Marilah kita berdoa untuk rakyat Jepun.
BalasPadamkeadaan di jepun kini agak kritikal, harap mereka dpt mengawal paras radiasi yang merebak.
BalasPadamharap keadaan akan dapat dikawal. semoga mereka dapat melakukan apa yang patut untuk mengawal paras radiasi.
BalasPadamWe are very concern for the health of the Japanese. Please do something to not let the radiation level to grows.
BalasPadamLet us just pray, Lord have mercy on us.
BalasPadamSemoga kerajaan jepun dapat menyelesaikan masalah ini dan mengawal berlaku letupan yang seterusnya.
BalasPadamLet's pray for Japan. I hope they are able to fix this problem.
BalasPadamThis is why Malaysia government shouldn't go ahead with their power plant proposal.
BalasPadamkerajaan Malaysia perlu datang sendiri ke Jepun dan menyelesaikan masalah nuklear mereka jika mahu cadangan nuklear di malaysia dipersetujui oleh rakyat. buktikan kepada rakyat bahawa Malaysia mampu mengatasi masalah itu jika berlaku bencana seperti itu di negara ini.
BalasPadamHarap ini boleh dielakkan.
BalasPadamTak perlu fikir banyak. Memang rakyat takkan setuju.
BalasPadamLangkah terakhir mungkin dengan simen...
BalasPadamMacam mana lah dengan yang sanggup bekerja di loji tersebut pada waktu2 genting ini? Mereka lah yang paling terdedah kepada bahaya radioaktif..
BalasPadam