Isnin, Mac 14, 2011

PEMBINAAN LOJI NUKLEAR MALAYSIA DIMINTA DIBATALKAN BAGI MENGELAK RISIKO KEBOCORAN

Pembinaan Loji Nuklear Diminta Dibatalkan Bagi Mengelak Risiko Kebocoran

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan.

21 ulasan:

  1. Banyak lagi cara penjana kuasa yang lain yang boleh digunakan, kita tidak semestinya menggunakan penjana kuasa secara nuklear!

    BalasPadam
  2. Harap kerajaan akan mempertimbangkan lagi penggunaan kuasa nuklear di negara ini.

    BalasPadam
  3. Harap kerajaan tidak membina logi nuklear di M'sia. Loji nuklear di Fukushima sda meletup ini merbahaya kpd rakyat. Hal yg sama mgkn berlaku d M'sia sekiranya kerajaan mbina loji nuklear.

    BalasPadam
  4. I hope Malaysia will reconsider their decision on implementing nuke power plant.

    BalasPadam
  5. Its better not to take the risk. Say NO to nuke power plant.

    BalasPadam
  6. Positive and Negative. Choose only one.

    BalasPadam
  7. The explosion was so damn terrible. Its effecting the health of the peoples, effecting the environment and most of all its effecting the whole world!!! Please bare in Mind!

    BalasPadam
  8. Do you think we can sustain the nuclear plant for the next 200 years? Think.

    BalasPadam
  9. Tak payahlah nak upah organisasi untuk buat kajian macam2. Buang duit saja. Baik fikirkan kaedah lain untuk hasilkan tenaga elektrik.

    BalasPadam
  10. tenaga nuklear begitu merbahaya, lagipun Malaysia tiada pengalaman dalan bidang ini. sebaiknya kita gunakanlah tenaga lain yang lebih selamat.

    BalasPadam
  11. banyak pekara perlu dipertimbangkan. sebaiknya jika sumber tenaga yang lebih selamat digunakan.

    BalasPadam
  12. nuklier juga boleh kita kategorikan sebagai bencana.. so, jangan bawa bencana ini ke Malaysia. kerajaan tidak patut membazir masa mencadangkan sesuatu yang jelas menerima tentangan seluruh rakyat di negara ini.

    BalasPadam
  13. malaysia tidak sesuai untuk loji nuklear sebagai sumber tenaga..

    BalasPadam
  14. banyak lagi alternatif lain yang kita boleh gunakan..gunakan kedudukan geografi negara kita sebaiknya.

    BalasPadam
  15. diharap kerajaan akan membatalkan cadangan pembinaan loji nuklear..

    BalasPadam
  16. Lihat apa yang berlaku dengan bumi sekarang... Inilah balasannya jika terlalu rakus mengejar teknologi... huhuu

    BalasPadam
  17. Jadi, apa yang berlaku di Jepun jadikan sebagai pengajaran. Pertimbangan semula pembinaan loji nukleur di negara kita.

    BalasPadam
  18. Kajian masih dijalankan untuk pembinaan ini. Apa pun bagi mengelak perkara yang tidak diingini diharap kerajaan memikirkannya seperti yang berlaku di Jepun..

    BalasPadam
  19. Saya rasa kebanyakan rakyat pun tidak setuju membina loji nuklear ini. Harap kerajaan akan mempertimbangkan semula.

    BalasPadam
  20. Forget about building a nuclear plant in Malaysia. We don't need one.

    BalasPadam
  21. Batalkan saja loji nuklear ini.

    BalasPadam