Jangan Hanya Cari Kambing Hitam Bagi Masalah Di Sabah - Pairin
KOTA KINABALU, 10 Mac (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata adalah tidak wajar untuk sesiapa mencari kambing hitam atau melemparkan kesalahan secara total kepada masyarakat atas pelbagai masalah yang dihadapi oleh Sabah sejak penubuhan Malaysia, 47 tahun lalu.
Mengakui ada kesan negatif dan positif ke atas rakyat selepas Sabah menyertai Malaysia, presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perubahan yang berlaku perlu dilihat dari sudut yang adil dan seimbang.
Beliau berkata adalah biasa apabila menjelang pilihan raya umum, wujud pihak tertentu atau pemimpin politik cuba menjadi wira dalam memperjuangkan nasib rakyat dengan menonjolkan masalah negara atau negeri.
"Mereka tidak mahu melihat atau menyatakan perkara positif tentang kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kepada mereka kerana mereka ada agenda tersendiri," ketanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun bahawa kehidupan di Sabah dianggap lebih baik dalam banyak aspek sebelum Malaysia dibentuk berbanding dengan sekarang.
Pada satu seminar anjuran Barisan Bersatu Borneo pada Sabtu lepas dan diterbitkan dalam akhbar harian tempatan, Sipaun dipetik sebagai berkata tidak ada masalah perkaumanan atau pendatang tanpa izin di Sabah sebelum penubuhan Malaysia dan komposisi perkhidmatan awam terdiri darpada pelbagai kaum.
"Adakah kita mengatakan bahawa negeri ini tidak aman atau wujud ketegangan kaum sekarang atau pemimpin kerajaan dan pemimpin negeri dahulu tidak melakukan apa-apa untuk rakyat dan negeri,?, tanyanya.
"Sekiranya kita ikhlas membantu memperbaiki masalah yang kita hadapi...kita harus memberi cadangan atau idea konstruktif dan bukan hanya mengkritik," kata Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri.
Katanya kerajaan telah banyak melakukan usaha dan tindakan dalam membantu Sabah termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan sosio ekonomi.
Menurutnya, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan kepada Sabah adalah selaras dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat.
Ya betul, jangan hanya pandai menunding jari kepada pihak lain. Tapi berusahalah mencari penyelesaian.
BalasPadamWhy Sipaun only mention all this now???
BalasPadamBertengkar antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah. Hanya bila kita bersatu dan berganding bahu barulah kita dapat mengecapai penyelesaian.
BalasPadamHis statement could cause people going against the government. I don't think the condition in Sabah would be any much better if it never merge into Malaysia.
BalasPadamsaling menyalahkan orang lain tak akan selesaikan masalah, sebaiknya perbaiki kelemahan yang ada dan berusaha mencari peyelesaikannya.
BalasPadamGajah diseberang blh nmpk, kuman depan mata x nmpk. lbh baik salahkn org lain drpd melihat kesalahan sndri. keadaan mmcmni la yg biasa kta nmpk. Lbh baik bkerjasama utk myelesaikn isu2 d Sbh ini drpd saling mencari & melihat kesalahan tp x berbuat apa2.
BalasPadamya, lebih baik memberikan cadangan atau idea untuk memajukan Sabah.
BalasPadamsemua pihak seharusnya bersatu agar Sabah menjadi lebih baik dan maju pada masa akan datang.
BalasPadamTiada guna mempertikaikan apa yang telah lama berlalu.
BalasPadamApa pun, seharusnya kita berpandangan positif dengan apa yang ada sekarang pada Sabah. Tidak perlulah kita menyalahkan siapa-siapa dalam perkara yang berlaku dengan Sabah. Sebaiknya kita sama-sama bersatu menjadikan Sabah lebih membangun dan maju.
BalasPadamYang lalu itu jangan diingat ambil sebagai pengajaran bagi kita. Apa yang penting ialah pada masa sekarang ini. Jadikan Sabah lebih maju dan masalah yang ada mesti diselesaikan. Bukan menunding jari kepihak lain. Berkerjasamalah untuk memudahkan penyelesaian.
BalasPadamjgnlah asyik salah satu sama lain. lebih baik mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang ada dan bersama kita memajukan lagi negeri kita.
BalasPadamSabah has improved a lot after it merge into Malaysia.
BalasPadamjadi, adakah kesempurnaan pentadbiran hanya dapat kita lihat jika Sipaun dan pembangkang mentadbir negeri ini?? bagi saya kenyataan Sipaun lebih kepada pandangan politik tanpa mengambilkira realiti yang beliau sendiri saksikan sepanjang 47 tahun Sabah bergabung dengan Malaysia. kenyataan Sipaun ini boleh dipersoalkan kerana beliau seolah2 mempertikaikan keputusan rakyat dan pemimpin2 terdahulu untuk bergabung dengan Malaysia. mungkinkah beliau cuba menyalahkan pemimpin dahulu dan rakyat Sabah atas keputusan itu??
BalasPadamkenapa beliau membuat kenyataan seperti ini setelah beliau puas makan gaji dari kerajaan? dengan kedudukan ekonomi beliau hari ini, itu juga sebenarnya satu perubahan antara dulu dan kini. jika benar kenyataan yang dibuat oleh Sipaun itu, saya yakin beliau sendiri tidak akan berpeluang memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri.
BalasPadamI personally think that we should do something on issues in Sabah instead of making statement over unrelated things.
BalasPadamtidak perlu menjadi hero...
BalasPadamjangan hanya tahu mengkritik..tetapi juga harus menyumbang kepada penyelesaian.
BalasPadamapa pun, yang penting adalah kita harus maju ke hadapan dengan menjadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran kepada kita.
BalasPadamJangan saja pandai mencari kesalahan orang lain atau cuba nak menolak tanggungjawab sendiri.
BalasPadamHarap pemimpin kita akan berusaha membawa Sabah ke arah kemajuan.
BalasPadamHanya mencari kesalahan pihak lain, tidak akan memberi apa2 kebaikan kepada Sabah. Jadi berusahalah cari penyelesaian dan bukannya asyik menyalahkan.
BalasPadamTakda salah sipaun memberitahu sesuatu maklumat jika ia utk penambahbaikkan, tapi jika utk mengeruhkan keharmonian, lebih baik tak payah cakap. huhu
BalasPadamSejarah mengajar kita utk jadi lebih dewasa... Jadi memang tak salah menimbulkan perkara lama asalkan ia bertujuan baik... Tapi sekarang kita dah semakin maju ke hadapan dan semakin berusaha menyelesaikan setiap hal yang timbul, jadi napa mahu ungkit lagi??? Takkan mahu undur balik???
BalasPadamApapun tujuan sipaun mengeluarkan kenyataan ini, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri. Saya yakin rakyat cukup matang dalam membuat penilaian.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku seterusnya.
BalasPadamApa yang boleh dicapai dengan mencari kambing hitam? Adakah masalah itu boleh selesai. Membuat begitu hanya akan menolak masalah dan tanggungjawab tersebut kepada orang lain. Itu membuang masa dan tidak bermanfaat.
BalasPadamKita mahukan pemimpin yang akan berusaha mencari penyelesaian masalah. Bukan mereka yang hanya pandai mempolitikan sesuatu isu sahaja.
BalasPadamJangan ada lagi yang sengaja mengapi apikan keadaan.
BalasPadamThis issue should be put to rest.
BalasPadamYang penting selesaikan masalah di Sabah ini dulu.
BalasPadamIni bukan isu penting, tak perlu layanlah.
BalasPadamLagipun, tidak salah Sipaun mengekspresikan apa yang dilaluinya berpuluh tahun dahulu, namun keadaan dahulu susah, takkan belaiu masih mahuhidup seperti itu?
BalasPadamApapun, saya rasa Sipaun juga terkejar-kejar mengaut keuntungan.. apalagi kalau bukan untuk keselesaan juga..
BalasPadam