Rabu, Mac 09, 2011

CADANGAN WUJUDKAN SURUHANJAYA PELUCUTAN KERAKYATAN ?

Parlimen: Ibrahim Ali Cadang Wujud Suruhanjaya Pelucutan Kerakyatan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen Selasa mencadangkan supaya suruhanjaya pelucutan kerakyatan diwujudkan bagi mengambil tindakan terhadap rakyat negara ini yang mencemarkan nama baik negara.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata suruhanjaya itu perlu memandangkan kini terdapat trend di mana golongan tertentu cuba menimbulkan isu sensitif dan menghina kerajaan bagi mendapat sokongan politik, yang mana turut mencetuskan ketegangan di dalam negara.

"Saya cadangkan agar ia (suruhanjaya itu) diwujudkan bagi menghukum pihak yang cuba memburukkan negara di dalam dan di luar negara menggunakan media massa tidak kira kaum, Melayu, Cina atau India, sesiapa sahaja.

"Suruhanjaya ini perlu sebab buat apa seseorang itu jadi warganegara (Malaysia) tapi tidak setia dan melakukan kerja yang bercanggah dengan undang-undang (negara)," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat Selasa.

Ibrahim juga mencadangkan supaya Akta Hasutan dipinda atau mewujudkan undang-undang baru bagi menegah orang bukan Islam mempersoalkan dan melakukan perkara sensitif terhadap agama Islam.

Beliau berkata ini adalah kerana terdapat keadaan akhir-akhir ini di mana pihak bukan Islam mula mempersoalkan laungan azan, memetik ayat-ayat Al-Quran ketika berkempen dan memberi ucapan di dalam masjid.

"Jika dalam Islam sekalipun, ayat Al-Quran tidak boleh dibaca oleh mereka yang masih berhadas (tidak suci), ini kan pula orang bukan Islam yang memetik ayat-ayat suci Al-Quran," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar subjek asas kenegaraan dimasukkan ke dalam mata pelajaran Sejarah agar para pelajar didedahkan dengan asas pembentukan negara ini.

Katanya masih terdapat rakyat negara ini masih tidak tahu berbahasa Malaysia meskipun ia merupakan bahasa kebangsaan negara ini.

Persidangan Dewan Rakyat disambung esok.

----

ISU AKJAN KE PARLIMEN, USUL ERIC GAGAL?

Mengikut berita yang tersiar, Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad setelah mengangkat sumpah kesetiaannya ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang ke 33 dengan gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaaulah Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Pelalun, pada 2 Februari 2011 di Likas Sabah dengan disaksikan oleh sekumpulan 60 orang termasuk Pegawai Kanan Kesultanan Sulu dari provinsi Sulu di Selatan Filipina.

18 ulasan:

  1. This idea can be considered.

    BalasPadam
  2. Cadangan ini perlu dikaji dengan lebih mdalam. Mgkn sesuai bg isu Akjan.

    BalasPadam
  3. A good idea indeed.

    BalasPadam
  4. Jika beliau masih lagi dengan agendanya untuk menjadi Sultan, berikan sahaja beliau pilihan. Samada keluar dari Sabah dan menjadi warganegara sulu @ tetap berada di sabah untuk menjalani hukuman.

    BalasPadam
  5. Cepat selesaikan masalah ini. Jangan tunggu keadaan semakin parah.

    BalasPadam
  6. suruhanjaya ini boleh dipertimbangkan bagi memastikan tiada rakyat malaysia yang cuba nak mencemarkan nama baik negara.

    BalasPadam
  7. 'Katanya masih terdapat rakyat negara ini masih tidak tahu berbahasa Malaysia meskipun ia merupakan bahasa kebangsaan negara ini'. Tahu berbahasa M'sia adalah salah 1 perkara wajib utk mdapatkn status warganegara.

    BalasPadam
  8. cadangan seperti ini perlu diteliti dengan mendalam. banyak pekara yang perlu diambilberat.

    BalasPadam
  9. jika cadangan pelucutan kerakyatan dilaksanakan, pasti ramai yang akan hilang kewarganegaraan terutamanya dikalangan ahli2 politik. pasti ini akan menimbulkan kontroversi yang lebih hebat berbanding dengan isu di Mesir. Ibrahim Ali patut memikirkan kesan cadangannya sebelum diajukan..

    BalasPadam
  10. kan bagus pelucutan kerakyatan ini ditujukan kepada pendatang asing yang memperolehi kerakyatan secara tidak sah atau kes2 seperti Akjan. jika cadangan ini semata2 ditujukan kepada pemimpin2 politik, semakin hilanglah hak bersuara serta demokrasi di negara ini.

    BalasPadam
  11. Apa pun cadangan perlulah dikaji terlebih dahulu. Bukannya terus dilaksanakan atau diterima.

    BalasPadam
  12. Idea yang baik namun harus dikaji sedalam mungkin sebelum dilaksanakan.

    BalasPadam
  13. Apapun, yang paling penting ialah setiap isu yg melibatkan hal kewarganegaraan harus dipandang serius.

    BalasPadam
  14. "Ibrahim juga mencadangkan supaya Akta Hasutan dipinda atau mewujudkan undang-undang baru bagi menegah orang bukan Islam mempersoalkan dan melakukan perkara sensitif terhadap agama Islam."

    bukan kepada bukan muslim sahaja, yang muslim juga patut ditegah dari mempersoalkan agama dan kepercayaan orang lain..

    BalasPadam
  15. cadangan serupa sudah diusulkan oleh UPKO..Ibrahim ali tiada cadangan baru kah?

    BalasPadam
  16. Pelucutan kerakyatan Mohd Akjan patut dipertimbangkan.

    BalasPadam
  17. Ibrahim Ali ikut saja apa yang orang cakap.

    BalasPadam
  18. Ibrahim Ali ikut saja apa yang orang cakap.

    BalasPadam