Ahad, Februari 27, 2011

JIKA HARGA PETROL NAIK… BUAT LAPORAN POLIS?

Adu polis harga minyak naik

 

Pemandu berang kenaikan berlaku ketika sedang isi bahan bakar

2011/02/27 WASHINGTON: Pejabat Sherif St John The Baptist Parish menerima panggilan paling pelik minggu ini apabila seorang pemandu meminta bantuan polis kerana pengusaha stesen minyak menaikkan harga ketika dia sedang mengisi minyak kenderaannya, lapor akhbar.

Panggilan itu pada Khamis lalu mengejutkan pegawai polis sekali gus dikelaskan dalam senarai baru, ‘aduan paling luar biasa’.

Aduan yang pernah diterima sebelum ini termasuk tak tahan bunyi anjing menyalak dan ‘anak saya tak mahu pergi ke sekolah.’

Apapun, panggilan paling luar biasa itu mungkin menunjukkan perubahan corak aduan sejajar dengan perubahan era.

Pada 2 petang hari itu, panggilan kecemasan 911 Sherif menerima panggilan seorang pemandu yang ‘naik darah’ melihat harga minyak tiba-tiba naik ketika dia masih mengisi minyak.

Pemandu tidak dinamakan itu memberitahu, ketika dia mula mengisi minyak di stesen itu yang terletak di 901 East Airline Highway, harga di pam adalah AS$3.049 segelen.

Tetapi, ketika dia masih mengisi, harga itu naik kepada AS$3.189 menyebabkan pemandu terbabit bertikam lidah dengan atendan stesen dan kemudian menelefon polis kerana tidak puas hati dengan apa yang dijelaskan.

“Pemandu itu anggap perbuatan stesen berkenaan tidak adil. Selain itu, atendan stesen pula tidak memberi kerjasama menyebabkannya menelefon kami,” kata Kapten Dane Clement.

Bagaimanapun, tiada siapa ditahan dan laporan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dikategori sebagai ‘aduan sivil.’

Pengurus stesen, Sam Aljousi, berkata pemandu terbabit berhenti di stesen berkenaan ketika harga sedang diubah dan mahu harganya diturunkan.

“Semua orang sepatutnya menunggu (sehingga harga baru ditunjukkan). Jadi, tidak mungkin harga diturunkan. Lagipun, ia dilakukan komputer,” katanya lagi. – Agensi

13 ulasan:

  1. Americans are very big on consumer rights. Anything wrong, they will just report it, or sue.

    BalasPadam
  2. walaupn kes ini pelik, namun pengguna tersebut tau haknya sebagai pengguna.

    BalasPadam
  3. I wonder if there such case like this happen in Malaysia.

    BalasPadam
  4. belum pernah saya dengar ada orang buat laporan polis kerana harga petrol naik.

    BalasPadam
  5. Aduan terbaru buat masa ini. Apa pun sebaiknya sebelum menaikkan harga minyak umumkanlah terlebih dahulu supaya rakyat tahu tetang perkara ini.

    BalasPadam
  6. Me shocked when clicking to open this news. OMG. I was like, what calling a police to ask for a help, and its all about the petrol? OMG!

    BalasPadam
  7. But i am sure no such thing happen in Malaysia.

    BalasPadam
  8. takkan tidak ada notis atau sebarang pemberitahuan sebelum kenaikan dibuat?

    BalasPadam
  9. Baca betul2, dia marah kerana semasa masih mengisi minyak, tiba2 harga minyak naik. Mestilah hairan. Naik pun tinggi. Mestilah marah.

    BalasPadam
  10. sebarang kenaikan harga perlu diberitu dan pengguna mesti tau hak2 mereka.

    BalasPadam
  11. Saya ingat kena laporkan kepada Hal ehwal pengguna, bukan laporkan kepada polis.

    BalasPadam
  12. Kalau di Malaysia, bolehkan laporkan kepada polis kalau kenaikan harga petrol?

    BalasPadam
  13. This sort of thing won't work in Malaysia.

    BalasPadam