Khamis, Februari 24, 2011

MUHYIDDIN SEDIH ADA PIHAK ANDAIKAN BERLAKU PERGOLAKAN 'TIMUR TENGAH' DI MALAYSIA

Muhyiddin Sedih Ada Pihak Andaikan Berlaku Pergolakan 'Timur Tengah' Di Malaysia

SINTOK, 24 Feb (Bernama) -- Cubaan mengaitkan situasi politik negara Timur Tengah dengan Malaysia dan andaian kononnya negara ini akan mengalami pergolakan yang serupa, adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan kononnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat akan tumbang merupakan andaian yang tidak bersandar pada dalil yang kukuh.

"Saya rasa sedih dengan suara-suara sumbang yang cuba mengaitkan pergolakan politik di Timur Tengah dengan situasi politik di negara ini.

"Politik di negara kita sama sekali berbeza dengan politik di beberapa buah negara di Timur Tengah kerana kerajaan kita dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya yang demokratik dan kompetitif," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Bersama TPM sempena Ulang Tahun Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-27 di sini pada Khamis.

Muhyiddin berkata pilihan raya yang kompetitif itulah yang menjadikan kerajaan di negara ini lebih responsif.

Muhyiddin berkata ciri-ciri kerajaan yang responsif ialah apabila kekayaan negara diagih secara adil, kepentingan rakyat diutamakan dan setiap rakyat tanpa mengira kaum atau agama mendapat peluang yang sama untuk berjaya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan tidak mendengar keluhan rakyat dan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, rakyat akan membuat perhitungan dalam pilihan raya.

Katanya fokus kerajaan ialah melaksanakan amanah kepimpinan dengan baik serta mendahulukan kepentingan rakyat dalam segala hal, utamakan pencapaian dan berlaku adil kepada semua.

"Jika amanah kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan baik, saya yakin dan percaya bukan rakyat yang menggulingkan kerajaan, tapi rakyatlah yang akan bangkit menyokong dan mempertahankan kerajaan," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk mengindahkan kawasan sekitar UUM terutama sebatang sungai dalam kawasan universiti itu.

14 ulasan:

  1. Saya tidak inginkan perkara buruk berlaku di Malaysia. Kalau ada apapapun, kita bawa berbincanglah secara aman.

    BalasPadam
  2. Sememangnya amat berbeza. Tapi jika ada yang mengaitkan, saya rasa tidak ada masalah. Ini kerana itu adalah dari kaca mata si penulis/penganalisa. Terpulang kepada individu untuk menilai.

    BalasPadam
  3. politik di timur tengah dan Malaysia adalah berbeza sama sekali, perkara seperiti itu takkan berlaku di malaysia.

    BalasPadam
  4. Kritikan dan cemuhan akan menjadikan kita lebih kuat dan maju kehadapan. Harap dengan apa yang telah diluahkan oleh penulis berkaitan dengan persamaan konflik yang berlaku di middle east akan memberi gambaran bagaimana untuk menangani masalah2 yang timbul dimalaysia.

    BalasPadam
  5. situasi di Malaysia dengan pergolakan di Timur Tengah adalah berbeza sama sekali.

    BalasPadam
  6. apa yang penting adalah kita sama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian yang ada dalam negara kita.

    BalasPadam
  7. ketidakstabilan di negara2 lain tidak boleh disamakan dengan situasi di Malaysia. rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional. kecuali ada pihak2 tertentu yang cuba mengapi2kan rakyat untuk menimbulkan pergolakan semata2 untuk kepentingan mereka.

    BalasPadam
  8. kerajaan juga perlu memastikan setiap perancangan kerajaan perlu seiring dengan kehendak rakyat. jangan sesekali bertindak membelakangkan rakyat atau melakukan sesuatu yang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat. selain rakyat, kerajaan juga perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara luar. kerajaan perlu sentiasa memastikan pergolakan yang berlaku di luar negara tidak berlaku di negara ini.

    BalasPadam
  9. apa yang berlaku di Timur Tengah tiada kena mengena dgn Malaysia.

    BalasPadam
  10. Malaysia sentiasa menjadi negara yang aman damai.

    BalasPadam
  11. Semoga kerajaan akan memfokuskan kepada tumpuan mereka dalam melaksanakan amanah kepimpinan dengan baik serta mendahulukan kepentingan rakyat dalam segala hal:)

    BalasPadam
  12. Apapun saya harap apa yang berlaku di Timur Tengah tidak dikaitkan dengan negara kita.

    BalasPadam
  13. Janganlah kita ada kekecohan di Malaysia. Banyak nyawa yang akan terkorban nanti.

    BalasPadam
  14. I hope not, we should do this in a more civilized way, not through violence.

    BalasPadam