Khamis, Februari 10, 2011

MALAYSIA HARAP PERSETUJUAN MUKTAMAD RUNDINGAN MILF TIDAK LAMA LAGI - NAJIB

Malaysia Harap Persetujuan Muktamad Rundingan MILF Tidak Lama Lagi, Kata Najib

PEKAN, 9 Feb (Bernama) -- Malaysia berharap rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina akan mendapat persetujuan muktamad dalam mewujudkan perjanjian perdamaian tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai itu akan diteruskan dan masih berjalan atas persetujuan kedua-dua pihak.

"(Rundingan) diteruskan sehingga kita buat apa-apa keputusan nanti, tak ada had tempoh, selagi kedua-dua pihak itu berkehendakkan Malaysia, kita jadi orang tengah," katanya kepada pemberita mengenai rundingan dua hari antara kedua-dua pihak itu di Kuala Lumpur yang bermula Rabu.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepaas merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis di sini.

Pada Selasa, BusinessWorld, akhbar perniagaan Filipina dalam talian melaporkan bahawa ketua perunding kerajaan Mario Victor F. Leonen berkata panel kerajaan telah diarahkan oleh Presiden Filipina Benigno S. C. Aquino III untuk merangka satu penyelesaian yang berkekalan dan komprehensif terhadap pemberontakan itu, yang disasarkan dalam masa setahun.

Beliau berkata mesyuarat panel perdamaian itu di Kuala Lumpur antara lain akan membincangkan tempoh lanjutan Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) yang diketua oleh Malaysia dan Kumpulan Tindakan Bersama Ad Hoc (AHJAG).

Leonen juga berkata bahawa kerajaan Filipina turut berminat menghidupkan semula mekanisme yang dikenali sebagai Kepimpinan Bangsamoro dan Institut Pengurusan yang dicadangkan oleh MILF dalam rundingan sebelum ini, di mana menerusi mekanisme ini, pemimpin muda Moro mungkin dilatih lagi untuk mengetuai dan mengurus pada masa akan datang.

Beliau juga berkata MILF dijangka menjelaskan isu membabitkan peletakan jawatan Komander Ameril Umbra Kato dan pembentukan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro.

13 ulasan:

  1. Harap semua berjalan lancar.

    BalasPadam
  2. semoga mereka dpt berdamai demi keamanan di Selatan Filipina.

    BalasPadam
  3. harap rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina akan mendapat hasil yang positif.

    BalasPadam
  4. semoga keamanan akan di peroleh di kawasan tersebut.

    BalasPadam
  5. Semoga ianya berjalan dengan lancar dan persetujuan dapat dicapai. Kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  6. pendamaian ini amat diharapkan kerana hidup dalam keadaan aman adalah impian semua orang.

    BalasPadam
  7. Semoga rundingan pendamaian ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.

    BalasPadam
  8. proses rundingan damai berkenaan dilihat penting kerana ianya juga akan memberi kesan kepada soal keselamatan di perairan sempadan Malaysia-Filipina.

    BalasPadam
  9. Bagus jugalah kalau rundingan damai berjaya dibuat:)

    BalasPadam
  10. Saya yakin semua orang mengimpikan untuk hidup aman dan keamanan pasti dapat dicapai jika semua pihak bersatu hati.

    BalasPadam
  11. Diharapkan rundingan ini berjalan seperti diinginkan.

    BalasPadam
  12. Harap kita boleh mencapai persetujuan muktamad dalam perundingan ini.

    BalasPadam
  13. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

    BalasPadam