Selasa, Februari 22, 2011

GURU TEMPATAN BEKERJA DI SABAH TIDAK BOLEH MENDAPAT SEBARANG ELAUN PERUMAHAN, GURU SEMENANJUNG YANG MENGAJAR DI SABAH LAYAK MENDAPAT ELAUN PERUMAHAN RM1,300 ?

SAPP Gesa Kementerian Pelajaran Teliti Masalah Kekurangan Guru Di Sabah

KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Kementerian Pelajaran supaya meneliti masalah kekurangan guru di Sabah dan bukan menjadikan kualiti pendidikan sebagai alasan untuk menutup masalah sebenar.

Bendahari Agungnya Datuk Wong Yit Ming berkata beliau dimaklumkan bahawa guru yang berasal dari Sabah tidak diberi layanan adil untuk berkhidmat di Sabah oleh Jabatan Pelajaran.

"Guru anak tempatan Sabah yang bekerja di Sabah tidak boleh mendapat sebarang elaun perumahan sungguhpun jika mereka ditugaskan mengajar di kawasan luar bandar yang jauh dari kediaman mereka.

"Bagaimanapun, mana-mana guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah layak mendapat elaun perumahan RM1,300," katanya di sini pada Selasa.

See full size imageWong turut menggesa kerajaan negeri Barisan Nasional supaya meminta Jabatan Pelajaran mengubah dasar yang tidak adil itu.

Beliau berkata guru anak tempatan Sabah berhak mendapat layanan saksama seperti yang dinikmati oleh guru dari Semenanjung yang berkhidmat di negeri ini.

25 ulasan:

  1. Guru Sabah berhak mendapatkan layanan yang sama dengan guru Semenanjung. Harap kerajaan pusat akan bersikap adil dalam hal seperti ini.

    BalasPadam
  2. elaun perumahan seharusnya diberikan kepada semua guru tanpa mengira dari mana mereka berasal. Jabatan pelajar kena wujudkan dasar yang lebih adil.

    BalasPadam
  3. "Guru anak tempatan Sabah yang bekerja di Sabah tidak boleh mendapat sebarang elaun perumahan.."

    setahu saya guru tempatan Sabah juga ada menerima elaun perumahan cuma terlalu rendah berbanding dengan guru2 yang berasal dari semenanjung dan sarawak..

    BalasPadam
  4. mungkin SAPP juga perlu mengkaji bagaimana pula halnya jika guru2 dari Sabah yang ditugaskan mengajar di semenanjung. jika elaun perumahan guru2 Sabah lebih tinggi dari guru2 semenanjung, ini bermakna tidak timbul soal adil atau tidak dalam kes ini.

    BalasPadam
  5. kementerian pelajaran perlu mencari punca mengapa Sabah mengalami kekurangan guru.

    BalasPadam
  6. Itulah sebabnya tidak perlu menghantar guru dr semenanjung datang ke sabah. Kan kerajaan dapat menjimatkan lagi wang.

    BalasPadam
  7. Lagipun cuba lah fikir. Bahasa/slang orang semenanjung agak berbeza berbanding Sabahan. Tidakkah ini akan menimbulkan lagi masalah kefahaman??

    BalasPadam
  8. apa pun, saya setuju sekiranya calon tempatan Sabah diberikan keutamaan untuk menjadi guru di Sabah.

    BalasPadam
  9. Selain itu juga penyesuaian diri guru SM di Sabah juga satu hal. Kenapa mahu merumitkan keadaan jika ianya semua boleh dipermudahkan? Adakah disebabkan terlalu ramai guru di Semenanjung, dan cara penyelesaiannya adalah menghantar mereka ke Sabah. Ada kemungkinan juga salah satu sebab mengapa kerajaan membuat keputusan sebegitu.

    BalasPadam
  10. bagi saya elaun itu bukan bertujuan untuk mendiskriminasikan guru2 tempatan Sabah, tetapi sebagai usaha menggalakkan guru2 dari semenanjung untuk datang bertugas di Sabah. tapi ada baiknya jika kerajaan dapat mengkaji semula atau menyeragamkan elaun perumahan ini sejajar dengan kos sewa rumah masa kini. elaun perumahan yang diberikan memang tidak seimbang dan praktikal jika diambil kira kos sara hidup yang jauh berbeza antara Sabah dengan Semenanjung.

    BalasPadam
  11. Nampak sangat ketidakadilan yang berlaku. Ingat Sabahan tunggul tidak pandai berfikir? Satu lagi masalah kita pemimpin yang bising saya nampak hanya seorang dua sahaja. Dimana Maximus? dimana Dompok? Dimana menteri2 lain? Kenapa tidak mengesa agar anak2 sabah menikmati kepentingan sama dengan semenanjung? Hal pendidikan menurut perkara 20 adalah dibawah tanggungjawab state!!!!! Kenapa biarkan Semenanjung atur semua itu????? Heran2!!!

    BalasPadam
  12. Sepatutnya rakyat tempatan Sabah yang mengajar di Sbaah perlu menerima elaun..Itu tidak adil jika guru semenanjung saja yang mendapat elaun. Sedangkan taraf hidup di Sabah tidaklah tinggi sangat sehinggakan mendapat elaun RM1300..Tapi guru tempatan Sabah tidak memperolehi apa-apa.

    BalasPadam
  13. Jika boleh, berikan keutamaan orang Sabah itu sendiri untuk mengajar di Sabah. Berkenaan elaun, sekiranya lebih adil jika kedua-dua dapat atau kedua-dua tidak dapat elaun. Jika guru Sabah mengajar di Sabah tidak dapat apa-apa begitu jugalah dengan guru dari semenanjung. Seharusnya adillah kepada semua guru-guru.

    BalasPadam
  14. sebaiknya utamakan guru tempatan dan kurangkan penghantaran guru dari semenanjung ke Sabah dan sarawak.

    BalasPadam
  15. Bagi saya layanan yang diberikan sepatutnya sama rata, barulah adil:)

    BalasPadam
  16. Namun untuk desak tak tentu pasal, susah juga.. Nak kata guru tempatan Sabah tak ada elaun rumah, hhmmmm rasanya kurang tepat juga. Kalau tak silap elaun ada juga cuma rendah... (kalau tak silap lah)

    BalasPadam
  17. Untuk mengelakkan hal ini dijadikan isu, mungkin ada baikknya juga jika cadangan utk memberi keutamaan kepada anak tempatan Sabah mengajar di tempat sendiri dipertimbangkan.

    BalasPadam
  18. Perkara ini juga harus diberi perhatian bagi mengelakkan ia dipolitikkan untuk kepentingan individu tertentu.

    BalasPadam
  19. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    BalasPadam
  20. Kerajaan mesti adil kepada rakyat Sabah. Jangan selalu menafikan hak kita.

    BalasPadam
  21. Bukan saja meneliti tapi memanggil guru2 yang tidak berjaya menjadi guru di sini.

    BalasPadam
  22. Ya, I wish to know why too.

    BalasPadam
  23. I kinda " amazed " with the statement. Why Sabahan teachers are always been downgraded.

    BalasPadam
  24. Ntah macam mana diurang buat keja.

    BalasPadam