Sindiket tipu penyata bank buat pinjaman dikesan
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Satu sindiket yang menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen bank dikesan bergerak aktif di sekitar Ampang sejak tiga tahun lalu.
Sindiket itu dikatakan melakukan penipuan dengan menggunakan salinan penyata bank palsu yang dicetak menggunakan komputer.
Difahamkan, penyata kewangan yang dikeluarkan Bank Hong Leong merupakan syarikat yang paling banyak ditiru dan hampir 100 peratus menyerupai penyata bank tulen yang dikeluarkan oleh bank tersebut.
Presiden Persatuan Peminjam Wang Berlesen Malaysia, R.C. Veeraseelan ketika mendedahkan perkara itu berkata, sindiket tersebut bertindak memalsukan salinan penyata bank bagi meyakinkan syarikat peminjam wang berlesen meluluskan permohonan pinjaman mereka.
Katanya, aktiviti penipuan yang dilakukan sindiket itu biasanya menggunakan penyata bank palsu melibatkan nilai pinjaman mencecah sehingga RM1 juta.
"Modus operandi sindiket tersebut adalah membuat penyata bank palsu yang tertera baki akaun dalam jumlah yang banyak.
"Bagaimanapun, apabila ahli-ahli syarikat peminjam berkenaan melakukan semakan dengan pihak bank terbabit ia sangat mengejutkan apabila bakinya hanya tinggal RM5," katanya ketika pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang, di sini hari ini.
Ekoran kegiatan aktif sindiket tersebut, pihaknya turut menerima lebih 10 aduan mengenai kes tersebut melibatkan peminjam wang berlesen dari seluruh negara.
Sementara itu, seorang pemilik syarikat peminjam wang berlesen, W. K. Wong berkata, syarikatnya nyaris mengalami kerugian RM500,000 apabila cuba ditipu sindiket itu.
"Terdapat seorang pelanggan berjumpa dengan pihak kami sambil membawa penyata bank Hong Leong dengan menunjukkan baki akaun kononnya lebih RM600,000.
"Kami yang teruja untuk memberi pinjaman bagaimanapun sempat melakukan semakan ke atas penyata bank yang diberi pelanggan dan ternyata palsu setelah diperiksa," kata Wong.
Tambah Wong, pelanggan lelaki berusia 40-an itu memaklumkan dia memohon pinjaman untuk membeli tanah bernilai RM1 juta di Puchong.
Katanya, pelanggan lelaki itu bukan sahaja melakukan penipuan dari segi pemalsuan jumlah baki akaun dalam bank malah turut memalsukan tarikh pembukaan akaun bank terbabit.
"Hasil semakan dengan bank mendapati mendapati lelaki itu sebenarnya baru membuka akaun Bank Hong Leong.
"Malah baki akaun sebenarnya adalah sebanyak RM5, bukannya RM600,000," ujarnya.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan polis dibuat berhubung kes terbabit kerana pihak pemberi pinjaman wang sempat menghidu kegiatan penipuan sindiket itu sebelum meluluskan pinjaman yang dimohon.
Hong Leong Bank sepatutnya mencipta rekaan penyata mereka supaya lebih sukar ditiru. Pengguna juga haruslah berwaspada dengan sindeket seperti ini.
BalasPadamnampaknya sindiket penipuan kini semakin bijak sehingga memalsukan penyata bank. kita harus sentiasa berwaspada dan sebaiknya siasat terlebih dahulu sebelum memberi pinjaman.
BalasPadamsindiket penipuan kini menggunakan pelbagai teknik yang bijak.
BalasPadamharap mereka yang terlibat dalam sindiket ini dapat diberkas.
BalasPadamSemakin banyak penipu sekarang. Kita perlulah lebih berhati-hati.
BalasPadamberhati2 agar tidak menjadi mangsa penipuan.
BalasPadamHong Leong Bank perlu memperbaiki apa sahaja dokumen yang dikeluarkan oleh mereka bagi mengelakkan dokumen tersebut ditiru, dan begitu juga dengan semua bank.
BalasPadamSaya juga mendapat berita yang dahsyat ini daripada rumor penduduk. Harap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
BalasPadamPenipu di web sangat biasa pada hari ini. Kita kenalah berhati-hati.
BalasPadamMemang celaka siapa akan buat begini!!
BalasPadamSemua bank harus menjaga perkara ini. Duit dalam bank boleh hilang dengan begitu sahaja.
BalasPadambank-bank di negara kita harus peka dengan isu ini..
BalasPadamdemikian juga kepada agensi2 peminjam wang berlesen..selidiki dahulu setiap permohonan yang dibuat sebelum meluluskannya.
BalasPadamSemoga jangan tertipu denga penyata yang diberikan. Sekiranya benar sekali pun buat rujukkan kepada Bank berkenaan untuk meminta kepastian.
BalasPadamitulah pepatah ada mengatakan, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
BalasPadamJangan sesekali, melakukan penipuan kerana lambat laun penipuan itu akan terlerai juga.
BalasPadamThe Bank themselves also cannot differentiate their own bank statements. The statement must be too simple to imitate.
BalasPadam