Selasa, Januari 18, 2011

KEHADIRAN PENDATANG ASING TAJAAN SAMSENG TIMBULKAN KERESAHAN PENDUDUK KAMPUNG

Kehadiran Pendatang Asing Tajaan Samseng Timbulkan Keresahan Penduduk Kampung Di Sibu

SIBU, 17 Jan (Bernama) -- Sindiket dan kumpulan samseng didapati mengupah pendatang asing tanpa izin menoreh getah di ladang terbiar kepunyaan penduduk kampung di sini.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan penduduk berkenaan, yang turut bimbang dengan keselamatan keluarga mereka.

Pendatang berkenaan didapati terlibat dengan perbuatan pecah rumah dan jenayah lain, termasuk mengganggu wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada waktu malam.

Penduduk kampung itu juga dicengkam ketakutan kerana cubaan mereka menghalang pendatang asing memasuki perkampungan mereka dibalas dengan ancaman oleh anggota sindiket terbabit.

Bagi mengatasi masalah mereka, penduduk kampung membuat aduan kepada Menteri Alam Sekitar dan Kerajaan Tempatan negeri dan meminta beliau mendapatkan bantuan polis supaya meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan.

Wong, bersama delegasi 15 anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan bandar ini, menyuarakan sungutan penduduk kampung itu pada sesi dialog dengan ketua polis Sibu ACP Shafie Ismail.

Shafie berkata perbuatan anggota sindiket terbabit memasang jerangkap samar dan kekurangan maklumat tentang kegiatan pendatang asing tanpa izin di kawasan berkenaan menyukarkan polis menjalankan siasatan tentang perkara itu.

Beliau meminta penduduk kampung dan pemilik ladang yang diancam anggota sindiket berkenaan supaya menghubungi polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Hanya segelintir yang menghubngi polis... kami perlukan maklumat daripada orang ramai bgi membolehkan pendatang asing yang melakukan kesalahan dan anggota sindiket terbabit ditahan mengikut Ordinan Darurat dan ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam.

"Dalam pada itu, polis juga menghadapi risiko apabila laluan ke sesetengah ladang dipasang jerangkap samar yang menggunakan asid," kata beliau.

Bagaimanapun, Shafie berkata polis akan meningkatkan serbuan untuk membasmi kegiatan jenayah di tempat tempat tertentu seperti Lanang, Pulau Kerto, Pulau Keladi dan Sungai Bidut.

Katanya polis mendapati ada samseng yang mengambil pekerja dari sebuah negara asing untuk bekerja secara haram di ladang getah di sini.

-----

Pelajar Berusia 15 Tahun Dibunuh Kejam Sebelum Ditanam Di Belakang Rumah

---

KM Sabah Minta Majikan Utama Pengambilan Anak Tempatan

13 ulasan:

  1. Look at this, this is why we should not let them into our country. Our people's lives and safety are at stake.

    BalasPadam
  2. kegiatan pendatang asing kini maki menjadi2. mereka kini telah dipergunakan oleh sindiket2 tertentu untuk melakukan pelbagai jenayah. kita tk boleh biarkan perkara ini.

    BalasPadam
  3. This is why illegal immigrants are not welcome. Majority of them are the cause to the increase of crime rate.

    BalasPadam
  4. The authorities should take legal action against those group of gangster and send those illegal immigrants back to their country.

    BalasPadam
  5. apa jua risiko yang dihadapi oleh pihak polis bukan alasan untuk mereka tidak mampu mematahkan aktiviti2 sindiket ini. mereka sepatutnya telah dilatih untuk menghadapi risiko2 seperti itu dan jangan sesekali menunjukkan kelemahan kepada penjenayah.

    BalasPadam
  6. saya harap masalah serta risiko yang dihadapi oleh penduduk di kampung yang terlibat tidak berlarutan lebih lama... selain memerangi jenayah dalam negara atau sebarang aktiviti2 haram, pihak berkuasa juga perlu mengawal ketat perairan dan pintu2 masuk negara supaya Malaysia tidak menjadi tumpuan kemasukan pendatang asing atas sebab kawalan sempadan yang longgar.

    BalasPadam
  7. Pendatang asing membawa pelbagai masalah kepada warga tempatan.

    BalasPadam
  8. Inilah perkara yang kita takutkan. Mereka ini dijaga oleh sendikit ini menyukarkan untuk menentang mereka. Apa pun kita mengharapkan pihak polis bertindak. Tidak perlu laporan lengkap baru bertindak. Jadi mahu tunggu orang mati baru polis datang kawasan tersebut.

    BalasPadam
  9. Sindiket dan kumpulan samseng itu berketurunan apa? adakah mereka local?

    BalasPadam
  10. Jika mereka itu tergolong dari orang tempatan, haaa lihat la siapa yang memerlukan pendatang asing? Orang2 tempatan sendiri yang menjemput PTI untuk lebih banyak berkmpun disini.

    BalasPadam
  11. Betul tu Golfen. Orang2 tempatan termasuk menteri sendiri membawa mereka masuk; tetapi dengan tujuan mencari pekerjaan bukan membuat kacau di negara orang lain. Memang mengeramkan!

    BalasPadam
  12. pekara ini perlu dibateras secepat yang mungkin. jangan biarkan keselamatan penduduk terancam.

    BalasPadam
  13. hukuman yang berat dan tegas perlu dikenakan terhadap sindiket berkenaan dan juga terhadap pendatang asing tersebut.

    BalasPadam