Sabtu, Januari 01, 2011

JUHAR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DIPERTUA NEGERI SABAH

Juhar Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (kiri) mengucapkan tahniah kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru sejurus selepas istiadat pengurniaan surat cara pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 22 Disember 2010. Juhar, 57, Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Dis ini. Turut kelihatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman (dua dari kiri). - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Ke-10 di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum pada upacara yang berlangsung di Istana Negeri di sini.

Sejurus selepas Istiadat Lafaz Sumpah itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memberi ucapan tahniah dan melafazkan ikrar taat setia kepada Juhar.

Juhar, 57, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri semalam selepas dua penggal memegang jawatan itu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan bergambar bersama Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru dilantik, Datuk Juhar Mahiruddin (kiri) selepas isiadat pengurniaan surat cara pelantikan di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 22 Disember 2010.

Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang Dipertua Negeri yang dilantik akan berkhidmat selama empat tahun bagi satu penggal. Juhar dilahirkan pada 5 November, 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan dan berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England.

Beliau memulakan kariernya dalam perkhidmatan awam sebagai majistret kelas pertama pada 1982, sebelum menjadi seorang setiausaha politik di Jabatan Ketua Menteri empat tahun kemudian.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat semasa menjadi anggota Parlimen kawasan Kinabatangan antara 1990-1999, sebelum memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri pada 2002.

Juhar telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Panglima Norlidah RM Jasni dan dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. – BERNAMA

---

Juhar is the new TYT

20 ulasan:

  1. This man deserve the TYT post. Congrats!

    BalasPadam
  2. All the best to Datuk Juhar in his new post.

    BalasPadam
  3. tahniah kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

    BalasPadam
  4. semoga Sabah akan menjadi lebih maju dan makmur..

    BalasPadam
  5. kini telah sah Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru. semoga beliau dpt melaksanakan amanat dgn baik.

    BalasPadam
  6. Memang membanggakan negeri! Tahniah.

    BalasPadam
  7. Semoga Sabah dapat menuju perjalanan masa depan yang lebih ceria.

    BalasPadam
  8. Hope that he can do a good job as the new TYT.

    BalasPadam
  9. beliau mmg amat sesuai menjadi TYT Sabah.

    BalasPadam
  10. Semoga terlaksana kewajipannya.

    BalasPadam
  11. sebelum ini pelbagai pihak telah menimbulkan spekulasi berkenaan dengan jawatan TYT, malah tidak kurang juga yang membuat ramalan. akhirnya persoalan ini terjawab dengan pelantikan Juhar sebagai TYT yang baru.

    BalasPadam
  12. Hopefully he will do his job very well.

    BalasPadam
  13. Semoga beliau dapat menjalankan tugas sebagai TYT dengan baik.

    BalasPadam
  14. tahniah...perlantikan beliau merupakan satu lagi titik tolak kemajuan sabah...tahniah datuk juhar...saya amat bangga menajdi rakyat sabah dengan perlantikan beliau....

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada TYT Sabah yang baru.

    BalasPadam
  16. Semoga beliau dapat menjadi TYT yang baik untuk Sabah.

    BalasPadam
  17. Tahnia, semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.

    BalasPadam
  18. Disamping membawa pembaharuan yang positif kepada Seluruh Sabah.

    BalasPadam