Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM
GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) -- Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, hari Isnin.
Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.
Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.
Katanya dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.
Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.
Sumber itu berkata kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
BalasPadampihak polis yang meminta rasuah ini mencemarkan nama baik pihak polis. tahniah kepada SPRM kerana berjaya menahan polis yang khianat tersebut. bawa mereka ke muka pengadilan.
BalasPadamperbuatan dua anggota polis tersebut mencemarkan nama baik Polis. mereka perlu dikenakan hukuman yang tegas.
BalasPadamperbuatan memberi dan menerima rasuah adalah amat tidak bertanggungjawab. semua pihak perlulah menjauhi dan memerangi rasuah.
BalasPadamjika di semenanjung SPRM boleh bertindak setegas itu kenapa di Sabah tidak? kenapa masih ada aduan kononnya ada pihak polis yang sering menyalahgunakan kuasa.
BalasPadamsaya harap semua anggota SPRM di semua negeri dapat bertindak dengan lebih berani, cekap dan tegas seperti yang ditunjukkan dalam artikel ini.
BalasPadamI don't think it's necessary to highlight on the injuries those 2 corrupted scumbag got while being caught by SPRM.
BalasPadamGood job by SPRM. Hopefully more corrupted scumbag will be caught
BalasPadamSungguh memalukan tindakan cuba untuk melarikan diri oleh polis berkenaa. Jika mereka tidak bersalah kenapa harus lari sepertinya gentar dan bersalah.
BalasPadamIf you are innocent...fear for nothing...
BalasPadamBanyak lagi polis diluar sana yang melakukan rasuah..Jadi apa lagi, tangkap mereka..Jangan biarkan mereka bermaharajalela dengan rasuah.
BalasPadamPolis sepatutnya tahu apa yang patut buat dan apa yang tidak patut. Padan muka mereka yang masih terlibat dalam rasuah walaupun sudah tahu ia salah di sisi undang-undang.
BalasPadamHope that other civil servants who are involved in corruption will be arrested as well. They should be the ones to lead by example.
BalasPadamPengajaran kepada rakyat; jangan memilih rasuah untuk menyelesaikan/ melarikan diri daripada rasuah kerana akibatnya nanti lebih memakan diri sendiri.
BalasPadamMemang patut diberkas, ini mencemari nama baik polis.
BalasPadamUntuk membanteras rasuah, tindakan tegas patut diambil terhadap sesiapa yang terlibat dalam rasuah.
BalasPadamKatakan tidak terhadap rasuah.
BalasPadamTahniah kepada SPRM, diharapkan mereka akan teruskan usaha membanteras rasuah.
BalasPadamPolis yang mengambil rasuah patut dipecat serta merta.
BalasPadam