Isnin, Ogos 09, 2010

SINGAPURA KAWAL ALIRAN MASUK PEKERJA ASING DAN PENDATANG

Singapura Kawal Aliran Masuk Pekerja Asing Dan Pendatang

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Singapura memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa negara itu akan mengawal kemasukan pekerja asing dan pendatang tanpa izin bagi memastikan kedatangan mereka itu tidak mendadak dan terlalu besar jumlahnya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata peningkatan bilangan pendatang asing yang menetap di republik itu sekarang telah menimbulkan kebimbingan di kalangan warganya yang berpendapat kedudukan dan peluang mereka dalam pekerjaan dan pendidikan tergugat.

"Kami akan memastikan rakyat didahulukan," kata Lee yang menjelaskan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah demi kebaikan rakyatnya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Hari Kebangsaan ke-45 pada Isnin yang disiarkan di televisyen.

Singapura, yang menikmati pembangunan secara mendadak dan kekurangan tenaga kerja, mempunyai sejumlah lima juta penduduk dan lebih sejuta pekerja asing.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Singapura memerlukan pekerja asing yang seimbang atau kemasukan penduduk bermastautin tetap dan warga negara yang baru.

"Kami mesti mengimbangi kekurangan tenaga kerja Singapura dalam ekonomi kita dan kekurangan kadar kelahiran di kalangan penduduk," kata Lee.

Katanya tanpa kemasukan warga asing, ekonomi dan masyarakat Singapura akan kehilangan kilauan dan rakyatnya menikmati peluang yang sedikit.

Lee memberi jaminan bahawa kerajaan akan hanya membawa masuk orang yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan Singapura dan berusaha keras mengintegrasikan mereka dalam masyarakat.

Katanya rakyat Singapura seharusnya menyambut orang asing dengan hati terbuka, membantu dan menggalakkan mereka yang bakal menjadi warga negara itu supaya bertapak di sini.

"Perlu ingat kita sendiri adalah keturunan pendatang juga," katanya.

20 ulasan:

  1. Saya setuju kalau kerajaan membawa masuk orang yang betul-betul boleh menyumbang kepada negara dan bukan orang sebarangan yang mungkin adalah pengganas ataupun penjenayah yang melarikan diri dari negara asal mereka.

    BalasPadam
  2. aliran kemasukan warga asng mmg perlu dkawal bagi mengelakkan berlalu kesesakan dan menjaga kepentingan penduduk tempatan.

    BalasPadam
  3. Our country should learn more from the Singaporeans.

    BalasPadam
  4. kawalan terhadap jumlah pekerja asing dan pendatang memang patut dilakukan oleh mana-mana negara. ini bagi memastikan kehadiran warga asing tidak menjejaskan peluang penduduk tempatan.

    BalasPadam
  5. ya.. semua negera perlu mengawal aliran masuk pekrja asing, terutamanya Malaysia yang mengalami kebanjiran pekerja asing hingga menjejaskan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. masalah seperti ini perlu ditangani dngn segera.

    BalasPadam
  6. Sabah yang menjadi keutamaan... yang telah lama berdepan dengan masalah ini.... tidak ada guna kita bercakap hanya disini tetapi action adalah yang sangat penting untuk keluar dari masalah ini...

    BalasPadam
  7. Malaysia boleh menggunakan idea2 perdana menteri singapura ini jika mahu memajukan negara.

    BalasPadam
  8. tidak salah kalau malaysia ikut seperti PM singapura katakan. tapi haruslah seimbang dengan keadaan semasa.

    BalasPadam
  9. kawalan terhadap kemasukan tenaga kerja asing memang perlu dilakukan. harap negara kita juga dapat mencari jalan terbaik bagi mengawal kemasukan tenaga kerja asing.

    pihak majikan juga perlu mengutamakan pekerja tempatan jika ingin menggajikan pekerja. dengan cara itu kita dapat membantu kerajaan mengawal kemasukan tenaga kerja asing ke negara kita.

    BalasPadam
  10. Now that is what I call a competent leader! No offense but Najib should learn from him.

    BalasPadam
  11. That should be the way. The people's needs comes first. Not the other way round. I hope Malaysia people and Govt could learn a thing or two from the Singaporeans.

    BalasPadam
  12. Sabah harus mencontohi Singapura dengan mengawal aliran masuk pekerja asing ke negeri ini.

    BalasPadam
  13. membenerkan pekerja mahir dan berpengelaman sahaja yang dibenerkan masuk ke negara ini. Ia bagi mengelakkan kebanjiran warga asing yang tidak kritikal diperlukan, kerana pada masa sama juga mengutamakan pekerja tempatan.

    BalasPadam
  14. Pendatang atau bukan, sama juga bah manusia.. Cuma yang tak bestnya tu bila pendatang yg masuk tu bikin panas - sudahlah masuk tanpa izin, buat hal lagi di tempat orang... huhuhu

    BalasPadam
  15. Ya betul tu linda. Contohilah perkara2 yg baik seperti ni :)

    BalasPadam
  16. Dekatnya singapura dgn negara kita ni... hhmm harap2 pihak2 yg berkenaan akan mempertimbangkan untuk mengikut idea PM s'gapore ni. Manalah tau ada perubahan baik yg berlaku.

    BalasPadam
  17. Lagipun kita kan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!

    BalasPadam
  18. nampaknya pemimpin singapura begitu komited dengan permasalahan rakyatnya...diharapkan agar di malaysia khususnya bagi negeri yang mengalami masalah serupa juga akan diberikan jalan penyelesaian yang efektif ..

    BalasPadam
  19. sangat bagus PM singapura yang begitu mengambil berat tetang rakyatnya. Kawalan dibuat untuk mengurangkan pendatang dan juga pekerja asing.

    BalasPadam
  20. kalau kita lihat kecermelangan singapura dalam membangunkan negara, memang patut malaysia menjadikannnya sebagai contoh dan mempertimbangkan idea2 yang diguna pakai oleh negara ini.

    BalasPadam