Rabu, Ogos 25, 2010

MENCARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK MASALAH PENDATANG TANPA IZIN YANG TIDAK BERKESUDAHAN - MUSA

Masalah Pendatang Tanpa Izin Di Sabah Dibincang Bersama Pemimpin BN

KOTA KINABALU, 24 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sabah pada mesyuaratnya Selasa memutuskan agar hasil penemuan makmal khas yang diwujudkan untuk mengetahui masalah pendatang tanpa izin di negeri ini dibincangkan secara bersama di kalangan pemimpin BN negeri.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman berkata kesemua pemimpin parti komponen BN Sabah memandang serius isu pendatang tanpa izin yang menurut mereka memerlukan penyelesaian yang konkrit.

"Kabinet negeri sudah diberi taklimat mengenai makmal khas pendatang tanpa izin dan apa juga hasil cadangan (makmal itu), kita akan bincangkan bersama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di sini.

Beliau berkata ini menunjukkan kesungguhan BN negeri mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan itu.

Katanya pemimpin BN negeri turut membincangkan isu tanah terutama yang membabit kawasan tanah simpan yang didiami penduduk tempatan.

Musa berkata beliau telah memberi penjelasan tentang dasar kerajaan negeri yang memberi hak milik berkelompok kepada penduduk tempatan yang layak dan merancang untuk menukar status kawasan tanah simpanan kepada tanah kerajaan negeri.

Beliau berkata pendekatan seumpama itu akan membolehkan penduduk tempatan yang mendiami kawasan hutan simpan terus kekal tinggal di situ melalui pemberian hak milik berkelompok.

Katanya mesyuarat itu turut memutuskan agar jawatankuasa khas yang terdiri daripada parti komponen BN dibentuk bagi meneliti pelbagai isu yang membabitkan kepentingan bersama.

29 ulasan:

  1. BN negeri telah berusaha untuk menangani masalah bagi pendatang tanpa izin ini. Pelbagai cara telah dilakukan tapi tidak ada kesudahanya. ini menunjukkan kesungguhan BN negeri mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pendatang tanpa izin.

    BalasPadam
  2. kedua2 isu ini memerlukan perhatian yang serius dari kerajaan negeri dan persekutuan sebelum ia menjadi alasan kepada rakyat untuk menolak kerajaan.

    BalasPadam
  3. banyakkan perbincangan dan begitu juga dengan pelaksanaan.. diharapkan semua masalah2 ini dapat diselesaikan segera dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah.

    BalasPadam
  4. Bukan senang untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin ini. Apa pun saya berharap masalah ini dapat diselesaikan. KM, jangan putus asa!

    BalasPadam
  5. masalah pendatang tanpa izin dari dulu hingga kini tak pernah selesai, ia mmg amat sukar untuk diselesaikan, kerajaan kena mencari alternatif yang benar2 berkesan dalam menangani masalah ini.

    BalasPadam
  6. Good to know they are trying their hardest to solve this on-going issue. This issue need to be solved as soon as possible before it gets worse.

    BalasPadam
  7. ini usaha yang baik. perbincangan bersama antara pemimpin dapat membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah pendatang tanpa izin. teruskan usaha untuk menyelesaikan masalah ini...

    BalasPadam
  8. Diharapkan isu PATI ini boleh diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  9. Time is ticking out.We have to act fast and furious.

    BalasPadam
  10. Sememangnya kita masih lagi memerlukan kaedah2 baru untuk membasmi Pendatang Tanpa Izin yang semakin hari semakin bertambah. Jika tidak, usaha yang telah lama kita lakukan tidak akan menampakkan sebarang kemajuan..

    BalasPadam
  11. Dan berkaitan dengan isu tanah, tindakan yang diambil amat2 disokong, yang mana tidak akan ada lagi yang akan merebut atau secara sengaja menghakmilikkan tanah yang bukan milik mereka...Semoga dengan tindakan yang diambil, akan mengurangkan masalah tanah dikalangan rakyat.

    BalasPadam
  12. kerjasama semua pihak perlu ada bagi menangani masalah PATI di Sabah. usaha berterusan perlu ada.

    BalasPadam
  13. Kerajaan negeri telah berhempas pulas untuk menyelesaikan masalah PTI. Diharapkan agar banyak lagi mekanisme yang sesuai untuk mengekang permasalahan tersebut.

    BalasPadam
  14. perbincangan seperti ini patut dilakukan. diharap melalui perbincangan yang dibuat, penyelesaian dapat dicari dan dilaksanakan.

    BalasPadam
  15. kerajaan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah PTI yang tidak ada kesudahan ini. Diharapkan kerejaan akan dapat mencari cara penyelesaian yang terbaik.

    BalasPadam
  16. jika kita semua benar2 serius untuk membasmi PATI, insyallah ia akan berjaya juga suatu hari nanti.

    BalasPadam
  17. We have been haunted since decades ago and we want it to stop!

    BalasPadam
  18. Jalan penyelesaian memang banyak cuma yang sesuai masih belum diketahui.

    BalasPadam
  19. I truly believe the CM will sort out the best option ever. He doesn't want to see Sabah as PTI's home sweet home, either.

    BalasPadam
  20. both of illegal immigrants and land issues should be given priority and make sure government will do more implementations than discussions in order to solve these problem.. anyway, good luck and i hope all BN leaders will give the best cooperation..

    BalasPadam
  21. Memang tidak dapat dikawal lagi. Tak habis habis lagi...

    BalasPadam
  22. I believe the leaders will find a way to solve this.

    BalasPadam
  23. Yeah, keep up the good work Musa :)

    BalasPadam
  24. Saya yakin Musa pasti dapat tanggani isu ini sebaik mungkin melalui kerjasama semua pihak.

    BalasPadam
  25. Semoga pati dapat dikurangkan kalaupun tidak dimusnahkan sama sekali. Tak sabar nak tunggu hari itu tiba. hehhee

    BalasPadam
  26. Isu pati ni memang memeningkan kepala oo. Harap hal ni berjaya di tanggani.

    BalasPadam
  27. Good luck kepada para pemimpin terutamanya CM Sabah :) Rakyat pasti menantikan perubahan positif dlm isu ni.

    BalasPadam
  28. PTI ini telah menyebabkan pelbagai masalah di negeri kita. Mereka ini perlu diurus secara tegas.

    BalasPadam
  29. Damn. This PTI issues is way too long and never ending. Good to know the Govt is doing whatever they can to solve this matter.

    BalasPadam