Tawan kapal selam seludup dadah
PASUKAN keselamatan Ecuador berdiri di atas kapal selam penyeludup dadah yang ditawan di dalam hutan wilayah La Loma di Ecuador, Sabtu lalu. - AP
QUITO 5 Julai - Pihak berkuasa Ecuador menemui sebuah kapal selam sepanjang 30 meter yang dibina sendiri di sebuah hutan di pesisir pantai negara ini yang digunakan untuk menyeludup dadah ke Amerika Syarikat (AS).
Selama bertahun-tahun, pihak berkuasa AS dan Amerika Selatan berusaha memerangi kapal yang menyelam separuh badan bagi mengelak dikesan bagi menyeludup kokain ke Amerika Tengah dan kemudian ke AS.
Kapal yang ditawan itu adalah yang pertama seumpamanya khusus untuk bergerak di bawah air bagi menyeludup dadah, kata pihak berkuasa semalam.
Seorang lelaki ditangkap ketika polis Ecuador yang dibantu hasil risikan agensi anti-dadah AS, menawan kapal selam yang dijana kuasa elektrik dan menggunakan enjin diesel itu. Ia dilengkapi teropong periskop dan pendingin hawa dan sedang disiapkan untuk pelayaran pertamanya.
''Keupayaan ia bergerak, kapasiti muatan dan usaha gigih untuk mengabui mata pihak berkuasa, meningkatkan cabaran kepada kami,'' kata Pengarah Agensi Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) AS, Jay Bergman.
Wilayah Andeas adalah pengeluar kokain terbesar di dunia dan AS adalah pasaran terbesarnya.
Sememangnya hebat cara ini, sampai menggunakan kapal selam. Nasib baik sindiket ini terbongkar.
BalasPadamI wonder how they obtained a submarine for this purpose? It's not easy to buy a submarine.
BalasPadamWah sampai menggunakan kapal selam untuk menyuludup dadah! Ya Jake, sya pun hairan mcm mana dorang boleh dapat submarine. Rasa-rasanya mereka beli dari military.Ini mesti kes rasuah.
BalasPadamNa, hebat mcm mana pun kantoi juaga akhirnya.. baru tau!!!
BalasPadamharap-harap pekara macam ni tidak berlaku lagi tidak kira di Malaysia atau pun di tempat lain..
BalasPadampenjenayah masa kini semakin maju, sampai menggunakan kapal selam untuk menyeludup dadah. tp tetap juga dikesan pihak berkuasa.
BalasPadamlepas ni nak guna apa pla..? kapal angkasa ke?
BalasPadamDrug dealers nowadays are getting smarter. Must be the overdosage of drugs that they have been sniffing. Unfortunately, they are not smart enough to not get caught. Better luck next time!
BalasPadamterkejut mendengar kapal selam buatan sendiri. begitu cerdik dan mahir penjenayah ini boleh mencipta sendiri. tapi apa pun, jatuh juga ditangan pihak berkuasa.
BalasPadam