Selasa, Julai 06, 2010

KEPUTUSAN KERAJAAN SABAH MENGUBAH TANAH HUTAN SIMPAN, MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA PENDUDUK KAMPUNG UNTUK TERUS TINGGAL DI KAMPUNG YANG TERLETAK DALAM HUTAN SIMPAN

Langkah Ubah Status Hutan Simpan Selaras Konsep 1Malaysia, Kata Aktivis

KOTA KINABALU, 6 Julai (Bernama) -- Aktivis sosial dan pengguna Datuk Patrick Sindu menyifatkan keputusan kerajaan negeri Sabah mengubah tanah Hutan Simpan, yang sekian lama didiami penduduk kampung, kepada tanah negeri adalah tepat.

Katanya langkah itu memenuhi aspirasi konsep 1Malaysia, yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Dengan langkah itu, kata beliau penduduk tempatan khususnya mereka yang berada di bawah garis kemiskinan kini boleh menarik nafas lega.

"Inilah yang penduduk miskin mahu selama ini. Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman terhadap keputusan yang jauh ke hadapan itu.

"Ia menunjukkan bahawa kerajaan negeri prihatin akan penderitaan penduduk tempatan khususnya mereka yang menetap dalam hutan simpan di seluruh negeri," katanya kepada Bernama, di sini pada Selasa.

Sindu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Musa semalam bahawa pertukaran status tanah hutan simpan akan membolehkan penduduk terus menetap di kawasan berkenaan.

Musa berkata dengan cara itu, penduduk berkenaan boleh diberikan hak milik tanah secara berkelompok dan diwarisi sehingga ke anak cucu.

Patrick berkata keputusan kerajaan negeri memberikan hak milik tanah secara berkelompok dan bukannya hak individu itu satu langkah bijak bagi mengelakkan mereka menjual tanah untuk keuntungan segera dan akhirnya mereka langsung tidak mempunyai tanah.

Langkah kerajaan negeri itu, katanya memberi harapan baru kepada penduduk kampung untuk terus tinggal di kampung yang terletak dalam hutan simpan, katanya.

19 ulasan:

  1. keputusan ini sangat tepat demi menjaga kepentingan penduduk setempat...ini pasti dapat memberikan kelegaan kepada penduduk..ianya selaras dengan slogan rakyat didahulukan..

    BalasPadam
  2. kerjaan akan cuba membantu penduduk untuk mendapatkan tanah mereka. tindakan kerajaan menjadikan kepada tanah adat menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap penduduk.

    BalasPadam
  3. thanks, nampaknya kerajaan negeri sudah mula mencari langkah2 penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi rakyat. diharapkan keputusan ini cukup memberi kelegaan..

    BalasPadam
  4. keputusan yang diambil ini amamt baik, ia dpat membantu penduduk mendaptkan tanah.

    BalasPadam
  5. ianya merupakan langkah yang baik..ini membolehkan penduduk kampung yang terlibat terus tinggal di kawasan tersebut....

    BalasPadam
  6. Kerajaan harus mengutamakan rakyat dengan memberi keistimewaan, memberi tanah yang didiami mereka sekian lama walaupun kawasan tersebut berada dalam kawasan hutan simpan. Cuma kerajaan hanya menghadkan keluasan tanah yang diberi bagi setiap keluarga.

    BalasPadam
  7. Well, who said Cm doesn't care about his people? remember, action speaks louder than words. The Govt is helping the people. Thank god for that.

    BalasPadam
  8. Waa, happnya dengar.. Ini permulaan yg baik dan saya harap lepas ni makin banyak berita gembira yg bakal didengar oleh rakyat :)
    Kepada Datuk Musa, terima kasih :)

    BalasPadam
  9. DMA juga lah CM Sabah yg paling bagus... hehehe
    keep it up Datuk :)

    BalasPadam
  10. Memang satu harapan yang diharapkan jadi kenyataan. Semoga perkara ni dapat membuktikan, niat baik kerajaan negeri utk menjaga kebajikan rakyat.

    BalasPadam
  11. jika semua permasalahan rakyat dapat diselesaikan sebelum menjelang pilihan raya nanti, saya yakin sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan akan bertambah.. gudlak dan teruskan usaha..

    BalasPadam
  12. hak rakyat diutamakan oleh kerajaan..

    BalasPadam
  13. Inilah maksud dia 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

    BalasPadam
  14. I hope that the government will make the best decision for the people.

    BalasPadam
  15. inilah yang dimahukan oleh orang sabah yang memerlukannya. harap kerajaan akan dapat menjadikan semua ini kenyataan untuk rakyat sabah.

    BalasPadam
  16. inilah yang sebaiknya. langkah ini dapat menjaga kepentingan penduduk sabah..

    BalasPadam
  17. Yeah but still some people see this action will negatively effect to our kampung's people. So sad! But whatever it is, still vote up for this action, i can see the light :)

    BalasPadam
  18. Communal Title Land is being given to ease the possible problem occurred.

    BalasPadam
  19. Keputusan yang dibuat bukan dibuat2 saja.Namun, itu la hasil perbincangan dari sejagat.

    BalasPadam