Khamis, Julai 08, 2010

PENGETUA SEKOLAH PELAJAR MELACUR AKAN DIPANGGIL

"Kes ini amat-amat serius kerana ia berlaku kepada anak-anak yang sepatutnya dilindungi, ia tidak sepatutnya berlaku dan polis sudah lakukan tindakan sewajarnya dalam menangani masalah ini.

"JPNM dan pengetua perlu menyerahkan maklumat lengkap identiti pelajar dari sekolah mana dan selepas itu saya akan hubungi sekolah sendiri untuk tentukan apa tindakan yang akan dibuat,"

"Kita mahu tunjukkan kepada pelajar-pelajar lain bahawa kementerian serius dalam menangani kes tersebut walaupun kejadian berlaku di luar kawasan sekolah untuk menjadikannya sebagai satu pengajaran,"

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom

----

"Keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi punca utama pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

"Kurangnya didikan agama dan moral turut mendorong mereka terlibat dengan gejala sosial sekali gus menyumbang kepada peningkatan aktiviti jenayah di kalangan generasi muda,"

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan

----

"Kegiatan pelacuran yang melibatkan pelajar sekolah merupakan perkara serius yang perlu diatasi segera bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang,"

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye

----

"Pergerakan anak-anak perlu dipantau dari semasa ke semasa agar mereka berada di tempat yang sepatutnya. Sekiranya mereka keluar mengikuti kelas tuisyen, ibu bapa hendaklah pastikan mereka benar-benar berada di kelas itu.

"Pendidikan moral dan agama juga perlu ditekankan kepada anak-anak agar mereka tahu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara,"

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan

16 ulasan:

  1. rasanya sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berkuasa memberikan perhatian serius kepada masalah2 sosial pelajar. kadang2 ada pihak sekolah yang tidak melaporkan kes2 jenayah yang dilakukan oleh pelajar kerana ingin menjaga reputasi mereka. bagi saya pihak sekolah tidak perlu berbuat demikian dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa dan kerajaan untuk sama2 menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  2. saya cadangkan kerajaan dan pihak NGO perlu mengadakan seminar atau program2 bagi meningkatkan kesedaran dikalangan ibubapa berkenaan dengan gejala2 sosial yang sering berlaku dikalangan pelajar sekolah.

    BalasPadam
  3. kegiatan pelacuran perlu dibendung sehabisnya, kini ia melibatkan pelajar sekolah pula. makin manjadi pla!

    BalasPadam
  4. kegiatan pelacuran patut dibendung sehabisnya..semua pihak perlu membantu mencegah masalah sosial kini..masyarakat perlu melaporkan jika mengetahui pekara seperti ini..kepada golongan yang menjadi "pelanggan" tu, bertaubat lah ya..kahwin lebih baik..

    BalasPadam
  5. Kegiatan pelacuran yang berlaku di negara ini amat memalukan tambahan pula pada ketika ini kegiatan pelacuran kini menjadi-jadi hingga melibatkan pelajar sekolah menengah. Diharapkan semua pihak bekerjasama dalam menangani masalah ini terutamanya pihak guru sekolah dan ibubapa, kerana perkara ini berlaku disebabkan kurang memberi kesedaran akan akibatnya.

    BalasPadam
  6. sosial remaja masa kini semakin menjadi2 sehingga ada yng menjadi pelacur. hal ini perlu dibendung dgn segera. kerjasama semua pihak amat diperlukan.

    BalasPadam
  7. perkara ini haruslah ditangani secepat mungkin. tindakan sewajarnya haruslah di buat. memberhentikan skloha itu bukan tindakkan yang terbaik. cari cara yang boleh menangani kes ini.

    BalasPadam
  8. masalh remaja sekarang ini semakin menjadi-jadi. oleh itu, pihak berkuasa haruslah mencari cara untuk penyelesaian masalah sosial remaja sekarang. Ibubapa juga memainkan peranan yang penting untuk memberi didikkan kepada anak mereka.

    BalasPadam
  9. Apa dah terjadi kepada remaja zaman sekarang? Makin teruk pula! Diharapkan semua pihak terutamanya ibu bapa bekerjasama untuk menyelesaikan masalah sosial remaja ini.

    BalasPadam
  10. Ulasan Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan jelas merungkai punca asas gejala jenayah remaja.
    Kita mesti kembali kepada pengukuhan institusi kekeluargaan dan didikan agama. Itulah cara tunggal bagi menangani masalah ini.

    BalasPadam
  11. Pekara ini memang serius, harus ditangani secara serius.

    BalasPadam
  12. Shukur pendedahan ini dapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  13. This is a very serious matter. Hopefully this issue will be solved as soon as possible. Students need to learn to have self respect.

    BalasPadam
  14. huhuu.. agak teruk keadaan ni. Saya harap kerajaan akan ambil langkah menanggani hal ni daripada terus berlanjutan.

    BalasPadam
  15. perkara ini haruslah ditangani secepat mungkin sebelum ramai yang menjadi mangsa. Pihak sekolah dan pihak berkuasa haruslah berkerjasama.

    BalasPadam
  16. pekara ini perlu diatasi dengan segera. ianya satu perkembangan yang tidak baik kepada negara. semua pihak harus bekerjasama dalam menyelesaikan hal ini.

    BalasPadam