Jumaat, Julai 09, 2010

INTERNET JEJAS EMOSI ANAK

Internet jejas emosi anak

KUALA LUMPUR: Sebanyak 87 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami pengalaman negatif ketika melayari internet yang memberi kesan kuat terhadap emosi mereka.

Kajian juga mendapati 46 peratus daripada golongan itu berasa marah selepas melihat kandungan dilayari,

45 peratus meluat,

42 peratus sedih,

40 peratus terkejut,

39 peratus berasa jijik dan

35 peratus takut.

Rumusan itu diperoleh berdasarkan kajian Norton Online Family Report 2010 firma kajian pasaran bebas, The Leading Edge mewakili Symantec Corporation, membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (termasuk 101 ibu bapa kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun dan 110 kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun. Kajian itu mendapati kanak-kanak meluangkan 19 jam melayari internet setiap minggu, sedangkan ibu bapa menganggap anak mereka hanya meluangkan masa itu 11 jam.

Selain itu, 25 peratus kanak-kanak menganggap ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan ketika melayari internet, manakala 40 peratus ibu bapa yakin mengetahui dan hanya tiga peratus ibu bapa mengaku tidak tahu perkara itu.

Sementara itu, kebanyakan ibu bapa yang mengetahui aktiviti anak mereka mengambil mudah anak berbual dengan orang asing di internet, sedangkan kajian menunjukkan 25 peratus daripada kanak-kanak melakukannya, sementara ibu bapa hanya menganggap ia berada pada tahap 12 peratus.

Kira-kira 72 peratus kanak-kanak mengaku ada orang asing yang cuba menjadikan mereka sebagai rakan melalui laman sosial dan 27 peratus mengaku ada orang asing ingin bertemu mereka di dunia sebenar.

Kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak bersetuju ikut peraturan ibu bapa mengenai penggunaan internet dan 42 peratus mempercayai ibu bapa melindungi mereka daripada mangsa jenayah siber.

----

Norton Online Family Report 2010 Reveals 87 Percent Of Malaysian Kids Have Had A Negative Online Exp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan