Isnin, April 26, 2010

PROLIGHT TANDATANGANI MOA USAHASAMA MAJUKAN TANAH DENGAN 50 KAMPUNG DI DAERAH RANAU

Prolight tandatangani MoA usahasama majukan tanah dengan 50 kampung

2604-lead-9a

TANDATANGAN ... KK Mukilin Butol (berdiri kiri) selepas menandatangani MoA manakala Faimin sebagai saksi. Turut kelihatan Francis Lin (duduk kiri).

26th April, 2010

RANAU: Nilai tanah di kawasan Ranau akan lebih meningkat lagi apabila usaha sama antara sebuah syarikat yang terbabit dengan industri kelapa sawit, Prolight (S) Holding Sdn Bhd dan penduduk kampung dapat direalisasikan.

Syarikat perladangan yang berpejabat di Tawau telah menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama (MoA) dengan ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang mewakili 50 buah kampung yang meliputi kawasan seluas 1000 ekar tanah di kawasan itu untuk ditanam dengan kelapa sawit.

Dalam perjanjian itu, Prolight, sebagai pemaju akan menanggung semua kos pembukaan tanah-tanah itu dengan penduduk hanya akan menjadi pemegang sahamnya. Satu syarikat amanah untuk menguruskan skim ini di mana pemaju akan mendapat 30 peratus keuntungan manakala 70 peratus diagihkan kepada pemilik tanah.

Ranau villagers in joint venture with Prolight Holdings to cultivate oil palm

----

1,000 acres in Ranau to be developed for oil palm

Daerah Ranau terus membangun di bawah empat pemimpin BN

9 ulasan:

  1. perjanjian ini menunjukkan bahawa penduduk ranau telah bersedia untuk menerima perubahan dalam sosioekonomi mereka ke arah yang lebih moden...perjanjian kerjasama di antara pemaju dan pemilik tanah ini seharusnya akan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk kampung yg terlibat...kerjasama seumpama haruslah dicontohi oleh daerah2 lain di sabah (luar bandar dan pendalaman) untuk terus membangun dan tidak terpinggir drpd arus pemodenan..

    BalasPadam
  2. usaha Prolight perlu dicontohi oleh syarikat2 yang lain dengan meletakan sebahagian daripada matlamat mereka kearah meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk sekitar. keutamaan perlu diberikan kepada bumiputera dan elakkan kebergantukan terhadap tenaga buruh asing. penerimaan penduduk Ranau terhadap skim ini dilihat satu perubahan positif untuk keluar daripada kekangan kemiskinan.

    BalasPadam
  3. Inilah cara mudah untuk usahakan tanah, tidak perlu keluarkan modal yang penting penduduk kampung mendapat apa yang telah dipersetujui antara syarikat perladangan dengan penduduk kampung. Prolight akan menanggung semua kos pembukaan tanah-tanah dan mendapat 30% manakala pemilik akan mendapat 70%.

    BalasPadam
  4. harap perjanjian ini memang dpt membantu kita memjejaki kejayaan, jika tdk, susahlah kita. Sayang masa, sayang diri...

    BalasPadam
  5. Nampaknya sawit adalah tanaman emas yang ditanam di seluruh daerah Sabah. Ranau adalah kawasan yang juga mengikut jejak langkah daerah-daerah lain mengusahakan sawit. Apa yang saya lihat, penanaman sawit berleluasa menunjukkan tanaman monokultur bakal membanjiri seluruh kawasan di Sabah. Bahayanya tanaman monokultur ialah penyakit, perosak, harga pasaran dll susah nak dikawal....cuma mengapa semua orang beralih kepada sawit ialah sebab harga sawit yang dijaga oleh kerajaan berbanding tanaman lain. Kalau harga jatuh pun tidaklah ambil masa bertahun-tahun seperti getah...yang dari dahulu lagi selalu jatuh oleh persaingan dengan getah sintetik.

    BalasPadam
  6. ya...seperti yang kitakita katakan, sawit lebih menguntungkan dan memberi hasil pulangan yang lebih baik berbanding dengan tanaman lain seperti getah...bagi saya, penanaman tani lain yang sedia ada di ranau juga harus diberikan suntikan pembangunan seperti sayur-sayuran dan teh...dengan ini, maka taraf sosioekonomi golongan petani dalam sektor selain sawit di ranau juga dapat ditingkatkan sekaligus mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

    BalasPadam
  7. Sawit adalah tanaman yang sudah monopoli lebih 60% tanaman pertanian utama yang diusahakan di negeri Sabah.

    BalasPadam
  8. Nampaknya sawit adalah tanaman emas yang ditanam di seluruh daerah Sabah. Ranau adalah kawasan yang juga mengikut jejak langkah daerah-daerah lain mengusahakan sawit. Apa yang saya lihat, penanaman sawit berleluasa menunjukkan tanaman monokultur bakal membanjiri seluruh kawasan di Sabah. Bahayanya tanaman monokultur ialah penyakit, perosak, harga pasaran dll susah nak dikawal....cuma mengapa semua orang beralih kepada sawit ialah sebab harga sawit yang dijaga oleh kerajaan berbanding tanaman lain. Kalau harga jatuh pun tidaklah ambil masa bertahun-tahun seperti getah...yang dari dahulu lagi selalu jatuh oleh persaingan dengan getah sintetik.

    BalasPadam
  9. Usaha yang dilakukan oleh syarikat prolight juga sangat baik kepada penduduk kampung. Bagaimanapun hasil yang akan diperolehi setiap pemilik tanah adalah terhad.Ini kerana harga pasaran sawit tidak menentu. Oleh itu saya juga mencadangkan kepada pemilik tanah tersebut supaya dapat mencari alternatif untuk menambah pendapatan dengan melakukan sistem penternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan dsbnya di kawasan milik tanah masing-masing dan tidak tertumpu kepada hasil sawit sahaja.

    BalasPadam