Khamis, April 22, 2010

HANYA DUA DARIPADA 300 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH RENDAH YANG DIRANCANG DIBINA DALAM TEMPOH RMK-9 DI NEGERI SABAH BERJAYA DISIAPKAN SETAKAT INI.

Hanya dua makmal komputer sekolah siap dibina

KOTA KINABALU 21 April - Hanya dua daripada 300 makmal komputer sekolah rendah yang dirancang dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini berjaya disiapkan setakat ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajaran negeri berkata, daripada jumlah keseluruhan makmal yang diluluskan itu, 293 masih dalam proses pembinaan.

"Sebanyak 137 makmal telah siap 90 peratus, 110 siap 80 peratus dan 46 lagi hampir 70 peratus disiapkan.

"Selain itu pembinaan empat makmal masih belum dimulakan dan satu projek telah dibatalkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif (BN-Membakut) mengenai berapa banyak makmal komputer sekolah-sekolah rendah di Sabah yang telah siap dan berapa jumlah yang masih belum siap.

Menurut Masidi, kegagalan menyiapkan projek yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya itu adalah berpunca daripada kontraktor.

"Alasannya adalah kerana prestasi yang tidak baik oleh kontraktor yang dilantik," katanya.

Dalam pada itu Masidi berkata, bagi mengatasi masalah ini daripada berulang, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik dalam memberikan kontrak.

Katanya, ini perlu bagi memastikan hanya kontraktor yang layak dan mampu menyiapkan sesuatu projek sahaja diberi keutamaan.

Sementara itu, beliau memberitahu dalam usaha mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di negeri ini sebanyak 2,440 kelas tambahan telah dibina.

"Selain itu dalam mengatasi kekurangan rumah guru pula sebanyak 407 projek rumah guru telah lulus untuk dilaksanakan dalam RMK9," ujarnya.

---

298 computer labs still not ready: Masidi

7 ulasan:

  1. makmal yang lain masih dalam proses pembinaan, jadi hal ini tidak perlulah dijadikan isu. kelewatan juga berpunca dari kontraktor yang dilantik.

    BalasPadam
  2. Kalau prestasi tidak baik, tukar kontraktor. Lepas tu blacklist syarikat yang tidak mampu menyiapkan kerja tepat masa.

    BalasPadam
  3. Lain kali tolong bagi kontrak kepada syarikat yang layak.

    BalasPadam
  4. A case of inefficiency. Usually the contractors who failed to finish their projects in time will get fined.

    BalasPadam
  5. Tak payah bagi muka, terus blacklist saja.

    BalasPadam
  6. diharap pembinaan makmal2 komputer ini dapat disegerakan untuk kepentingan para pelajar kita...selain itu, pembinaan makmal2 komputer juga haruslah diperbanyakkan di sekolah2 luar bandar bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar...dengan ini, kita dapat menghasilkan masyarakat yang celik komputer (digital) seterusnya masyarakat yang berpengetahuan..pembinaan kelas2 dan rumah guru ini sememangnya amat diperlukan bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih selesa kepada guru dan pelajar...diharap insentif kerajaan ini dapat menyemarakan lagi semangat pembelajaran para pelajar kita.

    BalasPadam
  7. Pihak-pihak tertentu harus sentiasa memantau setiap projek yang dilaksanakan oleh kontraktor. Kegagalan menyiapkan setiap projek yang dikalsanakan perlu dikenakan tindakan. Tahap kualiti projek yang dijalankan juga perlu dilihat dan hanya kontraktor yang layak dan mampu menyiapkan sesuatu projek sahaja akan diberi keutamaan.

    BalasPadam