Jumaat, April 30, 2010

DAERAH RANAU TERUS MEMBANGUN DI BAWAH 4 PEMIMPIN BN : ANTARA METOS DAN REALITI? SATU ANALISIS

Analisis Solymone

    Syabas untuk penduduk Ranau kerana telah dianjakan lagi dengan beberapa pembangunan tambahan saperti Kompleks Sukan yang telah dibinakan di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu.

    Stadium saperti ini memang telah lama dinanti-nantikan oleh belia Ranau. Diharapkan dengan ada nya 'facility' sukan saperti ini akan menaikan lagi tahap mutu pembangunan sukan di daerah Ranau. Terutama sekali sukan bola sepak.

    Walaupun tidak disentuh dalam berita diatas, namun ingin juga saya bagi kredit kepada penduduk Kampung Liwanti baru kerana telah meng-ilhamkan satu projek rekreasi unik yang mereka namakan 'Tagal Kg. Luanti'.

    Walau macam mana pun, pada pendapat saya, (selaku seorang individu yang ada hubung kait dengan Daerah Ranau) selain dari pembangunan infrastruktur asas yang sedia ada, saperti sekolah-sekolah menengah, mini hydro dan beberapa batang jalan raya yang telah dinaikkan taraf dan Rekreasi Golf, saya rasa maseh banyak lagi perkara yang perlu diambil kira oleh 4 pemimpin tersebut sebagai pengesahan terhadap kewibawaan mereka sapertimana yang telah war-warkan.

    Perkara yang saya maksudkan antara lain nya ada lah;

  1. Pembaikanpuleh bekalan letrik di daerah Ranau yang tidak menentu. Selalu 'black out' kata penduduk di sana.

  2. Menaikkan taraf jalan Lintas Libang-Marakau dengan sepenuh nya.

  3. Menaikan kualiti Lebuhraya Ranau-Kirokot/Tambunan

  4. Koridor Pembangunan Warisan Paginatan

    Menyedia kan 'Blue Print' atau pun plan tindakan untuk kawasan DUN Paginatan. Merangkumai Rangkaian jalan yang menghubung Pginatan-Tambunan, Paginatan-Telupid (selain dari lebuhraya Ranau-Sandakan, Ranau-Tambunan).

    Kawasan atau lokasi yang sesuai dimajukan untuk pertanian, perladangan dan industri tahap kecil dan sederhana yang bersesuaian,Hospital mini, Instituasi Pengajian Tinggi tahap Kolej (Agro-Eko based) dan sebagai nya.

  5. Projek untuk menyusun dan mengemaskini situasi di kawasan pekan kecil Kundasang

  6. Satu pusat pengajian tinggi bertaraf Universiti yang khusus dalam bidang pelancongan (agro-eko based). Tapak cadangan di Kawasan bekas pelombongan 'Mamut'

  7. Pembangunan Pekan mini 'Nunuk Ragang'

  8. Dan lain-lain lagi

    Untuk itu sama-sama lah kita memikirkan nya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan