Rabu, Mac 03, 2010

DOSA PASANGAN BERSEKEDUDUKAN TURUT DITANGGUNG IBU BAPA MEREKA TERMASUK MASYARAKAT JIKA MEMBIARKAN PERBUATAN TERKUTUK ITU TERUS BERLAKU.

Dosa bersekedudukan dikongsi semua

KUALA LUMPUR: Dosa pasangan bersekedudukan turut ditanggung ibu bapa mereka termasuk masyarakat jika membiarkan perbuatan terkutuk itu terus berlaku.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khir Jamil Baharom berkata, pasangan wanita lelaki yang tinggal bersekedudukan memang terbukti mereka bersalah kerana tinggal bersama tanpa akad nikah tetapi ‘saham’ itu dikongsi ibu bapa dan masyarakat jika tidak ambil peduli dan membiarkannya.

“Ibu bapa perlu ambil tahu bagaimana anak mereka bernikah, bila tarikhnya, siapa wali atau siapa izinkan. Mereka bersekedudukan memang bersalah tetapi paling penting masyarakat prihatin dan ambil perhatian perbuatan terkutuk itu dapat ditegah.

“Tidak hanya membabitkan mana-mana kes tetapi isu pasangan bersekedudukan amat merisaukan dan perkara itu perlu ditangani supaya tidak terus berleluasa,” katanya.

Mengulas kes seorang ibunya yang tinggal bersekedudukan dengan kekasihnya sehingga menyebabkan anak perempuannya berusia tiga tahun mati dipercayai disepak dan ditendang oleh teman lelaki dalam kejadian di Ulu Yam, dekat Batang Kali, Khamis lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengeluaran Kad Nikah 1 Wilayah 1 Jam dan Pelancaran Logo Rasmi Jawi di sini semalam. Hadir Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hutang kahwin faktor rumah tangga retak

Dibuang ibu, ditinggal bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan