Jumaat, Februari 05, 2010

SEKIRANYA MASALAH KELEWATAN PROJEK TIDAK DITANGANI DENGAN SEGERA, KERAJAAN AKAN DILIHAT SEBAGAI SEBUAH PENTADBIRAN YANG LEMAH

Rakyat akan hilang kepercayaan jika kelewatan projek tidak ditangani

KOTA KINABALU: Kelewatan penyiapan projek-projek kerajaan akan menimbulkan pelbagai implikasi daripada rakyat, termasuk hilang kepercayaan terhadap kredibiliti kerajaan, kata Ketua Pemuda Parti Gerakan Malaysia Sabah Chang Shui Kiong.

Katanya, sekiranya masalah itu tidak ditangani dengan segera, kerajaan  akan dilihat sebagai sebuah pentadbiran yang lemah, sekaligus menunjukkan hasrat 1Malaysia akan gagal.

image“Amaran penyenaraian hitam kontraktor-kontraktor adalah tidak memadai dan tidak menyumbang kepada penyelesaian secara keseluruhan kepada masalah ini,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Chang mengulas kelewatan penyiapan projek perumahan rakyat di Bukit Padang dan Kionsom, dekat sini, yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin pada Rabu.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun, menegur kegagalan penyiapan projek-projek pembinaan makmal komputer sekolah di Sabah.

---

Lebih 80 peratus peruntukan telah dibelanjakan

EDUCATION DEPARTMENT TO LIST OUT SCHOOLS WHICH COMPUTER LABS HAVE BEEN LEFT ABANDONED AND SUBMIT TO THE MINISTRY OF EDUCATION FOR FURTHER ACTION

Tiada ulasan:

Catat Ulasan