Polis Sabah Siasat Kesahihan Laporan Kes Penculikan Di Pulau Sebangkat, Semporna
KOTA KINABALU, 8 Feb (Bernama) -- Polis Sabah sedang menyiasat kesahihan laporan kes penculikan yang dikatakan berlaku di Pulau Sebangkat, dekat Semporna awal hari ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah (Datuk Noor Rashid Ibrahim) pada pukul 11 pagi tadi (mengenai perkara ini), dan menurutnya pihak polis masih menyiasat untuk mengesahkan sama ada perkara itu berlaku atau tidak.
"Perkara itu masih dalam siasatan," kata Musa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, ketika diminta mengulas khabar angin yang tersebar kononnya berlaku kes penculikan di Semporna, bahagian pantai timur Sabah.
Setakat ini, tiada maklumat atau pengesahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kes itu.
----
Empat Daripada Lapan Unit Radar Sudah Beroperasi Di Perairan Pantai Timur Sabah
"Saya sudah menyaksikan sendiri pusat operasi Angkatan Tugas Bersama di sini yang dilengkapi dengan peralatan daripada Amerika. Jadi kita mempunyai keupayaan untuk menyelia, memantau sepenuh masa keadaan persekitaran sempadan kita.
"Ini termasuk kerjasama dengan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pasukan Gerakan Marin, Imigresen dan Kastam. Ini sebenarnya menjadi contoh terbaik bagaimana koordinasi menjaga keselamatan (negara),"
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Isnin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan