Penulis Blog Perlu Bertanggungjawab Dan Beretika Lapor Kes Liwat Anwar
Mereka (penulis blog) mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.
"Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.
"Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka,"
"Kes itu boleh dilaporkan mengikut sumber mahkamah, tinggal lagi kita tidak boleh membuat komen yang mempengaruhi pendirian hakim atau perkara yang sedang berjalan diberi komen baik buruknya.
"sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas."
"Kalau menceritakan tentang perjalanan kes itu seperti yang dizahirkan oleh mahkamah, ini kepentingan awam dan perlu diketahui,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan