Sabtu, Februari 06, 2010

BEDAH SIASAT MENDAPATI PARU-PARU DAN PERUT MANGSA PENUH DENGAN TANAH, MENANDAKAN REMAJA ITU MUNGKIN DALAM KEADAAN HIDUP KETIKA DITANAM

Remaja ditanam hidup-hidup

LUBANG yang digali saudara-mara mangsa di perkarangan rumahnya di wilayah tenggara Adiyaman, Turki. - Foto Reuters

Saudara-mara kambus mangsa gara-gara berbual dengan lelaki

ISTANBUL: Polis Turki menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikatakan ditanam hidup-hidup oleh saudara maranya semata-mata kerana dilihat berbual dengan remaja lelaki.

Mangsa ditemui dalam keadaan duduk dengan tangannya diikat di dalam lubang sedalam dua meter yang digali di bawah reban ayam di luar rumahnya di Kahta di wilayah tenggara Adiyaman.

Polis menemui mayat itu Disember lalu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, lapor akhbar Turki, Hurriyet semalam.

Budak perempuan itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Polis berkata mangsa dibunuh selepas satu mesyuarat 'majlis' keluarga.

Bapa dan datuk mangsa ditahan selepas penemuan itu, manakala ibu remaja itu yang pada mulanya ditahan sudah dibebaskan.

Media melaporkan bapa mangsa memberitahu saudara maranya bahawa beliau kurang senang dengan pergaulan bebas anak perempuannya itu.

Datuk mangsa didakwa memukul remaja itu kerana pergaulan berkenaan.

Bedah siasat mendapati paru-paru dan perut mangsa penuh dengan tanah, menandakan remaja itu mungkin dalam keadaan hidup ketika ditanam.

Polis tidak menemui sebarang kesan pukulan pada badan mangsa.

1 ulasan: