Rosnah selamat lahirkan bayi lelaki
PUTRAJAYA 6 Jan. - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Putrajaya di sini pada pukul 5.20 petang ini.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO melahirkan bayi seberat 2.65 kilogram secara pembedahan.
"Saya dan bayi selamat, kami berada dalam keadaan sihat, doakan kesejahteraan saya dan bayi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Rosnah, bayi lelaki itu masih belum diberikan nama.
Rosnah berkahwin dengan suaminya, Fadli Juanas pada 11 Julai 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan