Selasa, Januari 19, 2010

SEMUA PIHAK DI MINTA BERTENANG BERHUBUNG ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH KERANA PERKARA ITU SEDANG DALAM PROSES MAHKAMAH DAN MASIH BELUM DIPUTUSKAN.

Perbincangan Antara Kumpulan Agama Perlu Untuk Capai Keharmonian - Rais

42mc3.jpgKUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menegaskan perbincangan antara kumpulan-kumpulan agama perlu dilakukan dalam mencapai keharmonian negara.

"Yang penting sekarang bagi kumpulan masyarakat kita di Malaysia ialah mengadakan perbincangan  persahabatan dan mesti berlunaskan imageantara Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain. Kita bukan nak masuk  dalam agama itu, cuma yang penting kita memahami kebudayaan agama itu. Itu yang penting.

"Saya menganggap bahawa perbincangan dan mengenal budaya antara satu dengan lain termasuklah agama... inilah yang membawa keharmonian yang lebih nyata. Kalau tidak, kita sentiasa tergolong dalam prasangka atau prejudis," katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak, di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Rais meminta semua pihak bertenang berhubung isu penggunaan kalimah Allah kerana perkara itu sedang dalam proses mahkamah dan masih belum diputuskan.

"Saya yakin mahkamah akan membuat keputusan yang sejagat, yang universal (menyeluruh) yang boleh diterima pakai oleh semuanya. Tetapi usaha untuk mengharmoniskan kaum itu, mesti kita jalankan dan bukan hanya menyerahkan kepada mahkamah sahaja," kata Rais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan