"Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat,"
Umno negeri akan melaksanakan program itu secara bergilir-gilir setiap bulan bermula di Selangor mengikut tema tertentu manakala semua 191 bahagian Umno di seluruh negara akan melaksanakan program Umno Juara Rakyat pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam pada setiap minggu.
"Antara perkara yang kita tumpukan dalam program ini ialah mengenai pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, sejarah Umno dan juga Barisan Nasional (BN),"
"Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang,"
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
iqoz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan