Khamis, Januari 07, 2010

BAHAN DAN KUALITI HASIL KERJA YANG TIDAK MEMENUHI SPESIFIKASI DIKENAL PASTI ANTARA PUNCA UTAMA STRUKTUR BUMBUNG KERANGKA STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU YANG BERHARGA RM300 JUTA, RUNTUH JUN TAHUN LEPAS.

Faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

 Siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.

Laporan itu telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam yang juga bersetuju supaya laporan itu diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu manakala satu lagi salinan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara,

Berharap kerajaan negeri Terengganu dapat menggunakan hasil laporan itu untuk mengambil langkah susulan.

"JKR juga telah memaklumkan kepada kerajaan Terengganu supaya kerja-kerja mengubah runtuhan yang ada di kawasan stadium itu boleh dilakukan dan kerja-kerja pembaikan boleh dimulakan,"

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan