Isnin, Disember 21, 2009

"JAWATAN TERSEBUT BUKANNYA HAK TURUN-TEMURUN ATAU HAK SEUMUR HIDUP KEPADA MANA-MANA INDIVIDU MAHU PUN PARTI, …”

Gerakan Tidak Berhak Tolak Permintaan Umno Negeri

"Jawatan tersebut bukannya hak turun-temurun atau hak seumur hidup kepada mana-mana individu mahu pun parti, maka adalah tidak salah permintaan yang dibuat Umno Pulau Pinang itu dipertimbangkan sebaik-baiknya,"

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Tsu Koon selaku Pengerusi BN negeri ini telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau terutama dalam menggerakkan parti komponen BN bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan rakyat negeri ini terutama di peringkat akar umbi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman

----

"Ini bukan bererti bahawa Umno hendak monopoli BN Pulau Pinang, tetapi hakikatnya Umno ada 11 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan dua Parlimen di sana. BN Pulau Pinang perlukan parti yang ada kekuatan.

"Beliau tidak lagi boleh sentimental dan perlu melihat kepada realiti. Kita nak merampas Pulau Pinang balik pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jadi kita perlulah sepakat. Ini bukan soal parti tetapi perjuangan, bagaimana kita nak yakinkan rakyat kepada BN,"

Turut mencadangkan jawatan Pemuda BN Pulau Pinang diberikan kepada Umno.

 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

UMNO MAHU TAPI GERAKAN TOLAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan